Pages

Monday, April 25, 2011

Polis Palestin tembak mati penceroboh Yahudi


NABLUS: Anggota polis Palestin menembak mati seorang lelaki Yahudi dan mencederakan empat yang lain selepas mereka menceroboh masuk sebuah tempat suci, di Tebing Barat, semalam, kata sumber tentera Israel.
Kejadian berlaku awal pagi berhampiran makam Nabi Yusuf, kawasan yang dibawah penguasaan Palestin tetapi sering mencetuskan ketegangan dengan kumpulan pelampau Yahudi.

Kawasan itu tidak boleh dikunjungi oleh kaum Yahudi kecuali dengan anjuran pihak tentera.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel berkata, pegawai Palestin mengesahkan penembak ialah anggota polis Palestin yang melepaskan tembakan selepas lelaki Yahudi terbabit berkelakukan mencurigakan. - AFP

No comments: