Pages

Monday, April 25, 2011

Tripoli dibom, Misrata dibedil

MISRATA: Letupan paling kuat sejak pertempuran berminggu lalu menggegarkan Tripoli awal pagi ini, sehari selepas pertempuran sengit di Misrata. 
Letupan itu di Tripoli itu berlaku pada  2210 GMT Ahad (6.10 pagi ini waktu Malaysia) di beberapa daerah di ibu negara Libya itu yang menjadi sasaran serangan hebat NATO.
Semalam, Misrata dibedil dengan roket Grad, menyebabkan sekurang-kurannya 12 orang terbunuh walaupun rejim Libya berikrar menghentikan serangan ke atas bandar pelabuhan yang menjadi medan pertempuran antara tentera Muammar Gaddafi dan pemberontak itu.

Timbalan Menteri Luar Libya, Khaled Kaim, berkata pihak tentera sudah menggantung operasi terhadap pemberontak tetapi tidak meninggalkan bandar itu bagi membolehkan puak tempatan menyelesaikan pertempuran secara aman. 

Tetapi jurucakap Majlis Peralihan Kebangsaan (TNC) pemberontak, Kolonel Omar Bani, berkata Gaddafi "bermain permainan amat kotor". 

"Ia adalah muslihat, mereka tidak pergi. Mereka keluar sedikit dari Tripoli Street tetapi bersedia untuk menyerang semula," katanya di Benghazi. 

Sementara itu, agensi berita JANA melaporkan pesawat perang NATO melancarkan serangan ke atas sasaran awam dan tentera di Tripoli serta beberapa bandar lain. 
NATO menyatakan ia akan meneruskan serangan dan menggesa orang awam menjauhi kawasan berhampiran kemudahan tentera. - AFP 

No comments: