Pages

Monday, April 25, 2011

Puting beliung rosakkan lapangan terbang



PUTING beliung merosakkan lapangan terbang St Louis hingga sebahagian bumbungnya berlubang, kelmarin.
PUTING beliung merosakkan lapangan terbang St Louis hingga sebahagian bumbungnya berlubang, kelmarin.
ST LOUIS: Sekurang-kurangnya sebuah pesawat rosak dan melumpuhkan operasi lapangan terbang St Louis selepas dilanda puting beliung lewat kelmarin yang turut menyebabkan 750 kediaman rosak, 100 musnah sama sekali di bandar Midwest, Amerika Syarikat itu. 

Gabenor Missouri, Jay Nixon mengisytiharkan keadaan darurat dan memberi dana awam bagi membantu usaha pembersihan.
“Menakjubkan kerana puting beliung boleh melanda kawasan padat penduduk dan tiada siapa maut. Amaran mengenainya dikeluarkan 34 minit lebih awal dan ia berjaya menyelamatkan nyawa,” katanya lagi.
Ada kediaman yang musnah sama sekali selepas bumbungnya tercabut dan pokok tumbang mengenai rumah penduduk manakala kenderaan terbalik, trak terlontar keluar lebuh raya dan tingkap pecah. 

Lapangan terbang itu ditutup, beberapa orang cedera terkena serpihan kaca apabila angin kencang melanda terminal utama. – Reuters 

No comments: