Pages

Tuesday, June 7, 2016

Plat kenderaan RM20 juta

Dubai: Satu plat pendaftaran kereta bernombor 1 dilelong dengan harga 18 juta dirham (RM20 juta), menurut laporan akhbar semalam.
Pembida yang memenangi nombor itu, ahli perniagaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arif Ahmed Al-Zaourni memberitahu Gulf News: “Saya hanya membida untuk mendapatkan Nombor 1. Impian saya ialah untuk sentiasa menjadi nombor 1.
“Saya datang ke sini kerana nombor itu sahaja dan sanggup membelinya, tidak kira berapa harganya.”
Bidaannya ialah 18 kali daripada harga rizab.
Bagaimanapun, ia bukan harga tertinggi untuk satu plat pendaftaran kereta di UAE.
Pada 2008, plat kenderaan bernombor 1 dibeli dengan harga RM58 juta di Abu Dhabi, emiriah paling kaya dalam UAE.
Nombor plat yang dibeli Arif Ahmed ialah untuk Sharjah, emiriah ketiga paling kaya dalam UAE.
Enam puluh enam nombor plat kereta dilelong kelmarin.
Nombor paling popular ialah 12, 22, 50, 100, 333, 777, 1000, 2016, 2020 and 99999.
Secara keseluruhannya, lelongan kelmarin engumpulkan sebanyak RM56 juta. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2016 @ 7:34 AM


ARIF Ahmed yang membayar RM20 juta untuk plat Nombor 1.

No comments: