myMetro | Penduduk India cecah 1.21b: "
NEW DELHI: India kini menjadi tempat tinggal bagi 17 peratus daripada penduduk dunia apabila populasinya meningkat kepada 1.21 bilion tahun ini, walaupun pertumbuhan lebih perlahan buat kali pertama dalam 90 tahun.
Negara Asia Selatan itu - menduduki tempat kedua selepas China dalam jumlah penduduk - bertambah 181 juta penduduk pada dekad lalu, kata Pesuruhjaya Bancian, C. Chandramouli. Peningkatan itu hampir menyamai populasi Brazil. Unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan India mampu mengatasi China pada 2030 apabila penduduknya mencecah 1.34 bilion. - AP"
1 comment:
itu baru yg duduk kat india belum lagi yang berselerak serata dunia
Post a Comment