Pages

Friday, April 1, 2011

Pakar arkeologi Mesir jadi menteri


pix_gal0

KAHERAH: Ketua hal-ehwal arkeologi Mesir, Zahi Hawass (atas) yang memikul tugas menjaga khazanah berharga negaraya, dinamakan Menteri Antikuiti, lapor agensi berita MENA, kelmarin.


Hawass bertugas sebagai ketua Majlis Tertinggi Antikuiti sebelum dilantik sebagai Menteri Negara ketika pentadbiran bekas Presiden Hosni Mubarak.


Bantahan antikerajaan meletus pada 25 Januari lalu membawa kepada kejatuhan Mubarak dan kuasa kini dipegang majlis tentera.
Laporan berita agensi asing mendakwa, pelantikan Hawass mungkin mencetuskan kemarahan aktivis prodemokrasi yang menggesa Kabinet membuang semua orang yang ada hubungan dengan rejim lama.


Pelantikannya dibuat ketika banyak pihak meminta agensi budaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) melindungi warisan Mesir kerana ada khazanah lama dicuri ketika bantahan anti Mubarak meletus.


Selasa lalu, UNESCO menyatakan, ia akan mengutus surat kepada pihak berkuasa Mesir bagi meminta kawalan diperhebat di tapak arkeologi negara itu.


Awal bulan ini, agensi berkenaan menyuarakan kebimbangan tapak seperti itu menjadi sasaran pencuri.
Minggu lalu, pegawai antikuiti berkata, 800 patung lama dicuri dari sebuah gudang di timur Kaherah. – AFP"
Berita Harian Online | Pakar arkeologi Mesir jadi menteri:

No comments: