Pages

Friday, April 1, 2011

Kangar teruk dilanda banjir



Petugas Hospital Tuanku Fauziah di Kangar, Perlis, membawa pesakit untuk menerima rawatan walaupun hospital itu dilanda banjir, semalam. – utusan/ faizal abu hassan


Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Perlis semalam meningkat terutama di Kangar dan Arau.
Sehingga malam tadi, seramai 4,032 mangsa daripada 1,013 keluarga berada di 33 pusat pemindahan negeri itu.
Sementara itu, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar, beroperasi seperti biasa walaupun aras bawah hospital berkenaan sudah ditenggelami air hampir satu meter semalam.

No comments: