KOMBINASI gambar (atas dari kiri ke kanan) Ketua Paderi Gereja Ortodok, Emmanuel Adamakis, Kardinal Katolik dan Ketua Paderi Paris, Andre Vingt-Trois; Presiden Majlis Muslim Perancis (CFCM), Mohammed Moussaoui; Ketua Kesatuan Buddha Perancis, Olivier Wang-Genh; Presiden Persekutuan Protestan Perancis, Claude Baty dan Ketua Pendeta Yahudi Perancis, Gilles Bernheim |
Tokoh Yahudi, Kristian dan Buddha desak Sarkozy batal program elak timbul kekeliruan
PARIS: Pemimpin Yahudi, Kristian dan Buddha di Perancis menyokong rakan beragama Islam ketika menuntut Presiden Nicholas Sarkozy membatalkan perdebatan mengenai Islam yang dirancang minggu depan.
Tuntutan itu terkandung dalam deklarasi bersama ketua pendeta Perancis Gilles Bernheim, ketua gereja Roman Katolik, Protestan dan Ortodoks Perancis, Presiden Majlis Islam Perancis, Mohammed Moussaoui dan ketua kesatuan Buddha Perancis, Olivier Wang-Genh.
Deklarasi itu menyatakan, perdebatan biasanya satu tanda sihat tetapi mempertikai kebijaksanaan parti pemerintah UMP (Kesatuan bagi Pergerakan Popular) hanya membincangkannya di kalangan mereka.
“Perdebatan itu mungkin menambah kekeliruan ketika masyarakat berada dalam detik sukar.” Perbincangan itu dijadualkan berlangsung Selasa depan, bertujuan meneliti peranan dan tanggungjawab Islam di negara sekular itu.
Deklarasi bersama itu mengulas dua laporan penting dan cadangan beberapa aspek berbeza hubungan antara orang awam, agama dan kerajaan meskipun memuji prinsip pemisahan gereja dan pentadbiran negara disebut ‘Laïcité.’
"Laïcité adalah satu daripada tonggak kontrak pentadbiran negara kita, menyokong demokrasi dan menjadi asas untuk harapan kita tinggal bersama,” katanya.
Ada sekurang-kurangnya lima juta penduduk Islam di Perancis, masyarakat Muslim terbesar dibandingkan negara lain di barat Eropah.
Pengkritik termasuk anggota parti UMP pimpinan Sarkozy, mengecam perdebatan Islam dan sekularisme akan datang kerana memberi ‘stigma’ terhadap penduduk Islam Perancis serta sekali gus mencetuskan kemunculan semula parti haluan kanan dan Barisan Hadapan.
Parti pelampau diketuai Marine Le Pen, berada di tempat ketiga dalam pilihan raya tempatan pusingan kedua hujung minggu lalu, memenangi 11 peratus undian.
Perdebatan di Perancis mencerminkan perbicaraan di Amerika Syarikat dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kementerian Dalam Negeri Peter King berhubung Islam radikal yang dilihat sebagai tidak adil kerana memberi anggapan seolah-olah semua Muslim adalah radikal.
“Penduduk Islam adalah musuh semula jadi mereka yang mempromosi keganasan pelampau,” kata Nihad Awad, pengarah eksekutif nasional Majlis Hubungan Islam-Amerika, dalam sidang media semalam di Washington ketika kemuncak perdebatan King.
Sejak mengumumkan perdebatan Disember lalu, King, 66, anggota Republikan New York, dituduh pejuang kebebasan awam dan kumpulan Islam cuba menghasut kebencian terhadap masyarakat Islam Amerika. – Agensi Berita Harian Online | Ketua agama tolak debat anti-Muslim
No comments:
Post a Comment