Pages

Friday, April 22, 2011

Negara Eropah campur tangan secara langsung di Libya


DAPAT RAWATAN: Seorang pejuang Libya sedang dirawat oleh kakitangan perubatan di Hospital Hekma di bandar Misrata, Libya, kelmarin setelah tercedera dalam satu pertempuran antara pejuang pemberontak dengan tentera yang taat kepada pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi. -- Foto AP


Usaha bantu pihak pemberontak tanpa melanggar peraturan PBB
PARIS: Negara-negara Eropah semakin hampir berbuat apa yang dikatakannya tidak akan dibuat di Libya - campur tangan secara langsung dalam usahanya untuk mengguling Encik Muammar Gaddafi.
Perancis semalam berkata ia telah pun menghantar pegawai tenteranya untuk bekerjasama dengan pemberontak Libya di darat, sebagai tambahan kepada peningkatkan serangan udaranya.Para pegawai Eropah mencerminkan bahawa bantuan mereka itu sebagai satu usaha mengisi kekosongan tenaga ketenteraan dalam menghadapi tentera Encik Gaddafi.Ia juga membantu pihak pemberontak tanpa melanggar peraturan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) bagi operasi ketenteraan untuk melindungi orang awam.Pemangku menteri luar Majlis Peralihan Kebangsaan berkata cawangan politik gerakan pemberontak mahukan lebih banyak lagi seperti senjata bagi sebuah 'tentera rasmi' dan pasukan tentera daripada negara-negara sekutu jika itu yang diperlukan untuk menggulingkan pemimpin Libya itu.'Kami belum membuat sebarang permintaan rasmi, (tetapi) semua kemungkin masih terbuka,' kata Encik Ali al-Issaoui dalam satu sidang akhbar.Presiden sebuah majlis pembangkang Libya, Encik Mustafa Abdel-Jalil, berkata pihak pemberontak sudah pun menerima senjata 'tetapi ia belum mencukupi'.Beberapa jam sebelum itu, Presiden Nicolas Sarkozy berkata Perancis akan meningkatkan penyertaannya dalam serangan udara pimpinan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang bertujuan memusnahkan kelengkapan tentera Encik Gaddafi demi melindungi orang awam.'Kami akan membantu anda,' kata Encik Sarkozy sambil berjanji kepada Encik AbdelJalil, yang berkata beliau telah meminta Perancis 'agar meningkatkan lagi sokongan yang diberikan kepada satu revolusi Libya'.'Kami akan meningkatkan serangan itu,' jawab Encik Sarkozy, menurut seorang pembantu presiden Perancis itu yang tidak diberi kuasa untuk mendedahkan namanya kepada pihak awam.Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Cik Christine Fages, dalam satu taklimat dalam talian semalam berkata bahawa Perancis juga bersetuju menempatkan 'sejumlah kecil pegawai perhubungannya bersama satu utusan khas di (kubu pemberontak) Benghazi'.Italy juga mengumumkan rancangan menghantar bantuan - seramai 10 jurulatih tentera - walaupun Menteri Pertahanannya, Encik Ignazio La Russa, seperti Perancis, menolak pengiriman askar-askar darat.Britain pula kelmarin berkata ia menghantar sehingga 20 penasihat tenteranya untuk membantu pasukan tentera pihak pemberontak. -- AP.Cyberita Online Luar Negara

No comments: