Pages

Friday, April 22, 2011

Tujuh orang awam maut kena bedilan jet NATO


SEORANG anggota  kumpulan pemberontak membaca al-Quran  di atas kenderaan   dilengkapi senjata  berhampiran   barat   Ajdabiyah.
SEORANG anggota kumpulan pemberontak membaca al-Quran di atas kenderaan dilengkapi senjata berhampiran barat Ajdabiyah.

MISRATA: Sekurang-kurangnya tujuh orang awam terbunuh dan 18 lagi cedera dalam satu serangan udara NATO yang menyasarkan bandar di barat laut Tripoli, Khellat Al-Ferjan lewat kelmarin, lapor agensi berita rasmi Jana. 


Satu laporan awal oleh televisyen Allibiya berkata, kawasan Khellat Al-Ferjan di mana tiga bahan letupan boleh kedengaran, adalah serangan ‘mensasarkan penyerang babarian’ yang menyebabkan mereka syahid dan cedera di kalangan penduduk selain memusnahkan kediaman mereka.
Pesawat perang NATO juga melakukan serangan udara awal Rabu di Bir Al-Ghanam, kira-kira 50 kilometer ke barat laut ibu kota Libya yang menyebabkan empat orang maut membabitkan penduduk awam, lapor Jana.
Sementara itu, NATO memberi amaran kepada penduduk awam mengenai pengeboman terhadap tentera Muammar Gaddafi ketika pemisah Libya menggesa serangan udara besar-besaran dan dua jurugambar terkemuka terbunuh dalam serangan di Misrata. 


“Perancang dan jurugambar kami melakukan apa saja untuk memastikan kami melakukan apa yang boleh untuk mengurangkan risiko kepada orang awam apabila kami menyerang sasaran, tetapi tidak dapat dikurangkan kepada kosong,” kata panglima terbabit dalam operasi NATO dalam satu kenyataan dari Brussels. 


“Penduduk awam boleh membantu NATO dengan menjauhkan diri daripada regim Gaddafi dan kelengkapan seboleh mungkin,” kata Leftenan Jeneral Charles Bouchard. 


“Melakukan perkara ini akan membenarkan NATO untuk menyerang tentera dan kelengkapan berkenaan dengan kejayaan besar dan dengan risiko minimum kepada penduduk awam,” kata kenyataan itu. 
Di Paris, pemimpin pemisah Libya, Mustafa Abdel Jalil, berkata pihak pemisah menjangkakan serangan besar oleh pakatan menentang pasukan tentera Gaddafi. 


“Kami pasti Gaddafi akan disingkirkan tidak lama lagi atau lambat laun tetapi kami mahu ia segera,” kata Jalil kepada French TV selepas bertemu Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy. – AFP , kosmo

No comments: