Pages

Friday, April 22, 2011

2 jurufoto terkenal maut



BENGHAZI: Tim Hetherington, pengarah filem Britain yang dicalonkan untuk anugerah Oscar yang juga jurufoto perang dan Chris Hondros, jurugambar warga Amerika yang pernah memenangi anugerah, terbunuh di bandar Misrata, Libya, semalam.
Vanity Fair, majikan Hetherington, mengesahkan kematian jurufoto berusia 41 tahun itu setelah dia terperangkap dalam serangan mortar.


Hetherington pernah membuat liputan pelbagai konflik dan memenangi Anugerah Foto World Press 2007 kerana liputan mengenai tentera Amerika Syarikat di Afghanistan.


Hondros, juga 41, mengalami kecederaan teruk di kepala. Dia mati beberapa jam akibat kecederaan itu, menurut majikannya, Getty Images.


Dua rakan kedua-dua mangsa, Guy Martin, yang bekerja untuk Panos dan seorang lagi, Michael Brown yang membuat liputan sengketa di Libya itu untuk Corbis, cedera dalam serangan yang sama.


Hetherington dan Hondros adalah wartawan kedua dan ketiga terbunuh di Libya sejak sengketa bermula dua bulan lalu.




Keempat-empat jurufoto itu terkena tembakan mortar di Jalan Tripoli, kawasan yang menjadi tumpuan pertempuran di Misrata.


Bandar itu dikepung sejak lebih dua bulan lalu oleh tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi. - AFP, mymetro

1 comment:

mcm ni lah said...

padan muka diorang takde keje cari keje kan dah mampus