JAKARTA: Indonesia bercadang membeli berpuluh-puluh helikopter keluaran Eurocopter dan 16 jet latihan T-50 Golden Eagle dari Korea Selatan.
Menteri Pertahanan Indonesia, Purnomo Yusgiantoro, berkata jet itu adalah keluaran syarikat Korea Aerospace Industries.
Katanya, Indonesia perlu meningkatkan pertahanan negara itu dengan membeli jet pejuang ringan dan helikopter bagi menangani ancaman keselamatan.
“Kami membelinya dalam jumlah yang agak banyak,” katanya.
Bagaimanapun, dia enggan menyatakan kuantiti pesawat yang dibeli atau bila ia diterima. - Reuters
1 comment:
Eh! Kalau di Malaysia kerajaan bagi komisyen pada syarikat perunding. Kalu beli berpuluh-puluh jet itu, dapatannya, aduh lumayan!..lumayan sekali tu pak! Tapi Indonesia nggak gitu kan...Pimpinan moralnya tinggi.
Post a Comment