2011/03/24
TRIPOLI: Agensi berita Libya (JANA) melaporkan serangan pakatan kuasa Barat di kawasan kediaman di timur Tripoli membunuh "sejumah besar" orang awam. "Pengeboman yang dilakukan pengganas penjajah di wilayah Tajura itu mensasarkan kawasan kediaman...membunuh ramai orang awam," menurutnya yang merujuk seorang pegawai tentera.
Tajura diserang tiga kali dan serangan ketiga mensasarkan "penyelamat yang cuba mengeluarkan mangsa yang terbunuh dan tercedera dari runtuhan berikutan dua serangan terdahulu."
Terdahulu, saksi berkata mereka mendengar letupan besar di sebuah pangkalan tentera di wilayah Tajura yang terletak 32 kilometer ke Timur Tripoli dan meihat api menjulang di kawasan itu. - AFP
No comments:
Post a Comment