Pages

Monday, February 28, 2011

Tempoh Presiden Mesir dihad


2011/02/28

Perintah lapan tahun elak kezaliman seperti Mubarak

KAHERAH: Tempoh jawatan Presiden Mesir pada masa depan akan dihadkan kepada lapan tahun mengikut cadangan pindaan perlembagaan yang membuka peluang pertandingan merebut jawatan selepas Hosni Mubarak yang memerintah selama tiga dekad digulingkan.

Cadangan pindaan itu digariskan kelmarin oleh jawatankuasa perundangan yang dilantik majlis ketenteraan yang memerintah Mesir. Ia akan diguna pakai pada pilihan raya presiden dan parlimen yang mengembalikan kuasa ke tangan kerajaan dipimpin rakyat.
Mubarak berkhidmat dalam penggal kelima selama enam tahun sepenggal apabila beliau digulingkan pada 11 Februari lalu selepas tunduk kepada desakan penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan terhadap kerajaannya.
Mesir contoh negara Arab yang diperintah kuku besi dalam tempoh beberapa dekad.
Selain Mesir, Presiden Tunisia turut digulingkan bulan lalu, manakala pemerintah Libya kini berada dalam keadaan terumbang ambing.

Perlembagaan sedia ada digantung majlis ketenteraan yang mengambil alih kuasa daripada Mubarak, menjadikan mustahil bagi pembangkang untuk menentang parti memerintah, Parti Demokratik Nasional.

Pengumuman kelmarin dilihat sebagai tonggak bagi Mesir ke arah pilihan raya seperti yang majlis ketenteraan berharap ia dapat dilaksanakan dalam tempoh enam bulan dan rakyat Mesir berharap dapat mengecapi era baru demokrasi.
“Apabila seseorang presiden tahu tempoh maksimum hanya lapan tahun, beliau perlu melepaskan jawatan atau diusir,” kata jurucakap Ikhwanul Muslimin, Mohamed el-Katatni.

“Menerusi pindaan ini, pilihan raya bergantung kepada pengawasan penghakiman,” kata hakim bersara yang mengetuai jawatankuasa itu, Tariq al-Bishri. – Reuters
Berita Harian Online

No comments: