Pages

Monday, February 28, 2011

Polis lepas gas pemedih mata

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "

MUSCAT 27 Feb. - Dua maut di Oman apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan belantan bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang melempar batu ke arah mereka di bandar perindustrian Sohar, hari ini.

Tunjuk perasaan itu diadakan bagi menuntut pembaharuan politik ketika pergolakan di rantau Arab merebak ke negara Teluk yang diperintah oleh kesultanan ini.

'Satu pertempuran tercetus antara penunjuk perasaan dengan polis,' kata seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Mohammed.

Polis menggunakan gas pemedih mata dan belantan bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang berhimpun di dataran utama, di Sohar.

Sultan Qaboos Said cuba meredakan ketegangan dengan merombak Kabinetnya semalam yang melibatkan penukaran enam menteri, seminggu selepas protes di ibu negara Muscat yang menuntut pembaharuan politik sebelum ini.

Menurut saksi, sekurang-kurangnya 1,000 penunjuk perasaan berhimpun untuk hari kedua berturut-turut di Sohar hari ini sebelum pertempuran tercetus. - Reuters"

No comments: