Pages

Monday, February 28, 2011

Benazir Bhutto : Sudut Yang Jarang Kita Dengar



Kenalkah anda dengan Benazir Bhutto? Wanita Islam pertama di dunia yang diangkat menjadi Perdana Menteri, selain pernah diiktiraf sebagai antara 50 wanita tercantik di dunia oleh majalah People Megazine. Artikel kali ini akan mendedahkan kepada pembaca mengenai 'Benazir Bhutto : Sudut Yang Jarang Kita Dengar'. Mungkin ada dikalangan para pembaca yang akan berkata tidak patut pendedahan ini dibuat selepas seseorang individu itu telah meninggal dunia. Namun, saya berpandangan adalah wajar untuk bertindak sedemikian kerana amat jarang sekali atau tidak ada satu pun blog di Malaysia ini yang mendedahkan perihal agen-agen CIA kepada umat Islam sejagat. Artikel ini ditulis dengan seringkas mungkin bagi memudahkan pembaca memahami apa yang hendak disampaikan.

Benazir Bhutto
Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti beliau di bandar Rawalpindi, Pakistan pada hari Khamis, 27 Disember 2007. Beliau merupakan seorang ahli politik Pakistan. Beliau pernah dilantik menjadi Perdana Menteri Pakistan pada 1988 tetapi digulingkan 20 bulan kemudian oleh Presiden Ghulam Ishaq Khan atas tuduhan rasuah dan kleptokrasi. Ghulam Ishaq menggunakan Pindaan Kelapan untuk membubarkan parlimen dan mengadakan satu pilihan raya baru.
Bhutto dipilih semula dalam tahun 1993 tetapi disingkirkan tiga tahun kemudian oleh Presiden Pakistan ketika itu, Farooq Leqhari Pada tahun 2006, Interpool telah mengeluarkan arahan untuk menangkap beliau dan suaminya. Benazir kemudian membuat kenyataan media bahawa beliau akan kembali ke Pakistan pada September 2007 setelah pentadbiran Presiden Pervez Musharraf semakin ditolak rakyat.
Benazir Bhutto merupakan anak sulung kepada bekas Perdana Menteri Pakistan,Zulfikar Ali Bhutto dan Begum Nusrat Bhutto. Mereka berasal dari keturunan Kurdish, Iran. Benazir belajar di Universiti Oxford dan Universiti Harvard.
Benazir belajar di Lady Jennings Nursery School dan kemudian Sekolah Perempuan Jesus and Mary di Karachi, Pakistan. Seterusnya di Rawalpindi Presentation Convent. Beliau lulus O-level ketika berumur 15 tahun.
Dari 1969-1973 telah melanjutkan pelajarannya di Radcliffe College, Universiti Harvard di Massachusets, Amerika Syarikat. Beliau lulus cemerlang dalam tesis perbandingan antara kerajaan dan dipilih menyertai Phi Beta Kappa, yakni sebuah pertubuhan Yahudi.
Phi Beta Kappa (PBK)
Phi Beta Kappa (PBK) kurang dikenali kerana peranannya lebih kepada mempromosi agenda, mencari ahli dan mencari anugerah kehormat untuk ahli-ahlinya. Kelab yang ditubuhkan atas alasan akademik oleh pelajar-pelajar Kolej William and Mary ini tidak bergerak sebagai kelab konspirasi.
Ia bukan suatu kelab yang bermesyuarat untuk merancang konspirasi sepertiBilderberg Group, Trilateral Commission atau CFR. Ia lebih kepada tugas menaikkan martabat ahli-ahli Illuminati melalui gelaran-gelaran akademik tertinggi.
Seperti juga Freemason, kelab ini juga membawa beberapa ciri-ciri Freemason bagi melengkapkan imej khusus untuk setiap ahli. Mereka mempunyai simbol-simbol rahsia dan cara berjabat tangan yang tersendiri yang hanya diketahui dikalangan ahli-ahli mereka.
Benazir Bhutto dan konspirasi bunuh terhadap abangnya
Apabila abangnya Mir Murtaza Bhutto pulang dari buangan di Syria pada 1993, Benazir menghadapi masalah terutama apabila ibunya Nusrat Bhutto turutmenyebelahi Murtaza Bhutto. Serta-merta Murtaza ditahan, dipenjara dandikenakan tuduhan bunuh. Kononnya menjadi perancang rampasan kapal terbang Pakistani Airlines pada 1981. Mir Murtaza Bhutto kemudian bertanding dalam pilihan raya dan menang kerusi parlimen Sindh selepas beliau dibebaskan.
Pada malam Khamis, 19 September 1996, Mir Murtaza Bhutto telah ditembak mati bersama 6 pemimpin parti yang lain di rumahnya. Suami Benazir iaitu Asif Zardari telah dikenakan tuduhan bunuh dan kes itu masih tergantung.
Teori kematian Benazir Bhutto dan kaitannya dengan CIA
Dilihat daripada kronologi ringkas pembunuhan ini, didapati Benazir Bhutto telah meminta bantuan MOSSAD Israel (Institut Perisikan dan Operasi Khas) seperti yang dilaporkan oleh akbar harian Hebrew, Ma'ariv.


Akhbar ini telah mendedahkan bahawa Benazir telah meminta bantuan Mossad, Central Intelligence Agency-CIA (Agensi Perisikan Pusat) dan juga agensi penyiasatan Britain, Scotland Yard.

Tujuan agensi ini adalah untuk melindungi keselamatannya untuk kempen pilihanraya Pakistan pada 8 Januari 2008.

Malang tidak berbau. Benazir telah dibunuh. Siapa yang membunuhnya? Walaupun pembunuhnya telah ditangkap tetapi siapa di sebalik pembunuh itu masih belum lagi terjawab. Ada yang mengatakan Jeneral Pervez Musharraf bertanggungjawab, namun ada yang mengatakan Al-Qaeda di bawah pimpinan Osama Bin Laden yang membunuhnya.

Saya lebih suka mengatakan Al-Qaeda yang bertanggungjawab. Kenapa? Al-Qaeda adalah sekutu kuat kepada CIA semasa konflik antara Mujahidin (Afghanistan) dan Soviet Union ketika pencerobohan ke atas Afghanistan pada tahun 1980-an. Osama Bin Laden juga merupakan agen CIA yang telah dilatih khas pada ketika itu untuk menentang Soviet Union. klik di sini

Umum mengetahui bahawa serangan ke atas World Trade Centre pada 11 September 2001 adalah sandiwara Amerika syarikat (AS) untuk menguasai minyak di Negara Timur Tengah. Al-Qaeda menjadi kambing hitam.

Harus diingatkan, agen CIA di dalam Mujahidin tidak semuanya setia kepada Taliban kerana selepas Taliban mengambil alih Pakistan, kumpulan Mujahidin berpecah dari Taliban kerana tidak bersetuju dengan pemerintahan Islamik Taliban yang tidak mengkiut Al-Quran dan Hadis dimana pemerintahan tersebut terlalu menggunakan kekerasan.

Bukti? Mujahidin turut membantu Tentera Penceroboh yang diketuai AS dalam serangan ke atas Afghanistan bagi menghapuskan Taliban.

Mujahidin (bekas Agen CIA) masih lagi berkhidmat kepada AS. Oleh yang demikian, Mujahidin@bekas Agen CIA yang menjadi key communicator (orang tengah) kepada Al-Qaeda dan CIA dalam menjalankan konspirasi dalam pembunuhan Benazir.

Kenapa CIA mahu membunuh Benazir? Benazir adalah agen CIA yang dilatih khas untuk mengembangkan kekuasaan blok demokrasi tajaan AS. Selepas hidup dalam buangan di Britain, Benazir kembali ke Pakistan semula kononnya untuk mengembalikan demokrasi di Pakistan.

Namun, CIA telah melihat Benazir tidak releven kepada AS dan berpuluh juta US Dollar telah dihabiskan untuk menjatuhkan Jeneral Pervez Musharraf, namun Jeneral Pervez Musharraf gagal dijatuhkan dari puncak kuasa walaupun gerakan demokrasi di Pakistan yang berketuakan Benazir di Britain telah banyak memakan belanja tajaan CIA..

Benazir kembali ke Pakistan. Namun pada kali ini, tanpa perlindungan dari CIA. Benazir meminta pula bantuan dari MOSSAD. MOSSAD bersetuju memandangkan sekiranya Benazir menang dalam pilihanraya Pakistan, hubungan Israel-Pakistan akan terjalin.

Namun, perjanjian Benazir-MOSSAD dapat dihidu oleh Al-Qaeda. Pada masa yang sama, CIA juga mahu menghapuskan agennya yang kini telah tidak relevan. CIA juga mahu apabila agen ini dibunuh, tiada sebarang kaitan pembunuhan ini dengan CIA. CIA mahu cuci tangan.

Oleh yang demikian, Mujahidin@bekas Agen CIA menjadi key communicator di antara Al-Qaeda dan CIA untuk membunuh Benazir. Sekali lagi, Al-Qaeda menjadi kambing hitam.
Benazir Bhutto dan skandal seks
Janganlah kita menganggap Benazir ini sebagai seorang pemimpin wanita Islam tulen di dunia. Ini kerana percaya atau tidak, Benazir sendiri diberitakan pernah mempunyai rakaman video lucah. klik di sini
Tidak cukup dengan itu, dikatakan gambar Benazir Bhutto sedang memakai 'swimsuit' juga pernah tersebar. klik di sini
Tidak hairanlah jika majalah People Megazine pernah mengiktirafnya sebagai antara 50 wanita tercantik di dunia.
Dalam hal ini, saya rasa cukuplah sekadar 'pemberitahuan'. Tidak perlulah di ulas dengan lebih lanjut kerana isunya 'menjelikkan'.
Benazir Bhutto : Sudut Yang Jarang Kita Dengar ~ MacJay.Net

No comments: