SANAA: Dua pelajar dilaporkan ditembak mati oleh penyokong kerajaan, manakala 11 lagi cedera dalam tunjuk perasaan di Sanaa University, malam tadi yang menuntut Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh berundur.
2011/02/23
“Dua penunjuk perasaan terbunuh manakala 11 orang lagi cedera apabila sekumpulan penyokong regim kerajaan mengeluarkan senjata dan menembak rambang di pekarangan kampus Sanaa University,” kata seorang saksi.Serangan itu berlaku pada lewat tengah malam.
Polis dan penunjuk perasaan cuba menjejaki suspek terbabit tetapi berjaya meloloskan diri.
Ia adalah kejadian kematian pertama di ibu negara Yaman itu sejak tunjuk perasaan tercetus.
Sebelum ini, laporan yang dikeluarkan pasukan perubatan menunjukkan, 12 orang maut di Aden manakala berpuluh lagi cedera sejak orang awam keluar mengadakan demonstrasi pada 16 Februari lalu. - AFP
No comments:
Post a Comment