ROME: Mayat sahabat karib Perdana Menteri Itali yang juga hos rancangan televisyen selama 50 tahun, Mike Bongiorno, dicuri dari kuburnya, kata pegawai keselamatan semalam.
Bongiorno yang mati pada September 2009 ketika berusia 85 tahun ditanam di Arona, tidak jauh dari Milan.
Kehilangan mayat kawan baik Silvio Berlusconi itu disedari seorang pesara yang sering melawat kawasan perkuburan berkenaan.
Dia kemudian memaklumkan maklumat pencerobohan kubur itu kepada polis.
Menurut sumber, setakat ini tiada sesiapa menuntut wang kepada mana-mana pihak untuk mendapatkan semula mayat berkenaan.
Terkenal sebagai hos televisyen sejak 1950-an, Bongiorno pernah membantu Berlusconi melancarkan iklan komersial pada 1970-an. - Reuters
No comments:
Post a Comment