Seorang remaja dan rakannya didakwa membunuh Mohtar di Mahkamah Majistret Bahau, Negeri Sembilan semalam. |
JEMPOL – Dua remaja lelaki termasuk seorang cucu kepada pasangan warga emas yang menjadi mangsa rompak dan bunuh di Felda Palong Dua di sini pada Januari lalu dihadapkan di Mahkamah Majistret Bahau di sini semalam.
Kedua-dua tertuduh yang berusia 17 tahun didakwa atas dua pertuduhan iaitu membunuh Mohtar Yusoh, 71, dan satu lagi pertuduhan mencederakan isteri Mohtar, Halimah Mad Yasin, 57.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di alamat No. 305, Blok C Palong Dua, Felda Palong Dua pada pukul 8 malam pada 13 Januari lalu.
Kedua-dua tertuduh yang tinggal di Melaka mengangguk-angguk kepala tanda faham atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Ellyana Razali.
No comments:
Post a Comment