LOVELAND, Amerika Syarikat (AS) - Seorang guru, Courtney Bowles, 31, ditangkap pada minggu lepas kerana dia mengaku melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar sekolah tinggi berumur 16 tahun di sebuah taman, lapor agensi berita7NEWS kelmarin.
Seorang pegawai polis Sharon Hopkins yang sedang meronda di Taman Tasik North pada Jumaat malam mendekati kereta Bowles di sebuah tempat letak kereta,
"Semasa saya menghampiri kereta itu, saya melihat seorang lelaki dan wanita berbogel di bahagian belakang kereta.
"Wanita yang berada di atas lelaki itu terus bangun apabila melihat lampu suluh yang dinyalakan ke arahnya dalam kereta itu," katanya.
Selepas berpakaian, Bowles mengaku telah melakukan seks.
Bowles diarahkan oleh mahkamah untuk tidak menghampiri sesiapa sahaja yang berumur di bawah 18 tahun termasuk dua anaknya selain tidak boleh berada hampir di sekolahnya serta menghubungi remaja lelaki itu.
Guru itu dibebaskan dengan ikat jamin AS$50,000 (RM152,544) dan akan dihadapkan ke mahkamah pada minggu depan. - Agensi
No comments:
Post a Comment