2011/01/27
MOSCOW: Perdana Menteri Vladimir Putin berazam membalas dendam ke atas serangan pengebom bunuh diri yang mengorbankan 35 orang di sebuah lapangan terbang di sini Isnin lalu, satu pendirian tegas yang mungkin akan menyebabkan peningkatan serangan maut di Russia. Kurang kawalan keselamatan turut dipersalahkan atas serangan terbaru di kawasan ketibaan antarabangsa di Lapangan Terbang Domodedovo itu yang turut mencederakan 180 orang, dengan Presiden Dmitry Medvedev kelmarin mengkritik polis dan pihak pengurusan lapangan terbang.
Televisyen NTV menunjukkan sekeping gambar apa yang dikatakannya kepala masih bersambung pengebom disyaki. Penyiasat berkata ujian DNA akan dilakukan ke atas lelaki terbabit, dipercayai berusia 30-an untuk mengetahui identitinya.Video dua saat letupan itu disiarkan televisyen tempatan yang diambil dari kamera litar tertutup, menunjukkan ledakan api dan penumpang jatuh serta melarikan diri ketika asap memenuhi dewan.
Masih belum ada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, namun media mengesyaki ia dilakukan pemisah dari Chechnya atau tempat lain di rantau bergolak Caucasus yang berjuang menentang pemerintahan Russia sejak lebih 15 tahun lalu.
Pemberontak Chechen mengaku bertanggungjawab atas beberapa siri serangan sebelum ini. – AP/AFP
No comments:
Post a Comment