Pages

Friday, November 26, 2010

Syurga adalah pemberian Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang beriman




http://img254.imageshack.us/img254/6450/49za1.jpg
JANGAN SEKALIPUN LUPA, HANYA ORANG YANG BENAR-BENAR BERIMAN AKAN MEMASUKI SYURGA, TEMPAT BEROLEH GANJARAN
Dan didekatkan syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). Inilah yang dijanjikan kepadamu (iaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturanNya). (Iaitu) orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. "(Surah Qaf: 31-34)
Mereka yang layak untuk kembali ke tempat asal mereka berdiri di hadapan Allah, sebagaimana yang telah dinyatakan didalam al-Qur'an, akan menerima buku amalan mereka yang mengandungi segala catatan semasa mereka hidup di muka bumi dengan tangan kanan. Mereka tidak akan berasa susah dengan perhintungan amalan mereka. Bermula saat itu, mereka akan hidup dengan penuh kenikmatan. Orang- orang yang beriman diberi khabar gembira dengan keadaan yang menyenangkan di dalam banyak ayat al-Qur'an:
Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah, dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira. (Surah al-Inshiqaq: 7-9)
Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia berkata,”Ambillah bacalah kitabku (ini).” Sesungguhnya aku yakin, bahawa sesungguhnya aku akan menemui hisab terhadap diriku. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredhai dalam syurga yang tinggi. (Surah al-Haqqa: 19-22)
Mukmin yang berjaya mendapatkan kehidupan ini akan disambut oleh malaikat-malaikat dengan ucapan, "Kesejahteraan (dilimpahkan) ke atasmu. Berbahagialah kamu. Maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya,” (Surah az-Zumar: 73) Selepas itu, mereka akan dibawa ke syurga beriringan dan masuk ke dalamnya dengan tenteram dan selamat:
Mereka itu orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman (Surah al-Furqan: 75-76)
Ingatlah kita boleh mendapatkan jemputan yang sama dan masuk ke dalam tempat yang penuh dengan kedamaian dan kegembiraan hanya jika kita mempunyai iman yang teguh dengan Hari Kiamat, bertakwa kepada Allah, takutkan Hari Kiamat dan melakukan amalan-amalan baik. Allah berfirman di dalam al-Qur'an bahawa ahli-ahli syurga akan berkata seperti berikut:
Sesunguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang yang bermasam muka penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. (Surah al-Insan: 10-11)
Pemandangan tasik, sungai dan pohon-pohon hijau yang memukau adalah gambaran syurga yang manusia bayangkan. Namun, syurga tidak terhad pada kualiti-kualiti ini sahaja. Syurga ialah kediaman yang abadi buat orang-orang beriman dan keindahannya adalah kecantikan dan nikmat yang paling agung, jauh daripada apa yang kita dapat gambarkan atau harapkan. Kita menggambarkan syurga berdasarkan apa yang kita tahu di dunia ini, tetapi sebarang gambaran yang kita tahu tentang syurga berdasarkan apa yang kita tahu di dunia ini pasti tidak cukup; Kita hanya mampu mendapatkan klu-klu yang digunakan untuk membayangkan secara umum. Kita hanya mampu memahami keadaan sebenar syurga setelah kita memasukinya. Sesungguhnya, satu ayat al-Qur'an yang menarik perhatian kita tentang perkara ini adalah:
Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (Surah as-Sajda: 17)
Apa sahaja yang kita suka ketika didunia ada di dalam syurga, dalam keadaan terbaik dan paling sempurna. Syurga ialah tempat yang mempunyai nikmat yang terkira, termasuklah apa sahaja yang manusia inginkan dan berasa senang dengan sesuatu. Di dalam al-Qur'an, Allah menceritakan syurga seperti berikut:
Dan apabila kamu melihat di sana (Syurga), niscaya kamu akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar. (Surah al-Insan: 20)
Dalam salah satu hadith Rasulullah (sollalahualaihiwassalam) memberi gambaran syurga seperti berikut:
“Apabila penghuni syurga memasuki syurga, pembuat pengumuman akan mengumumkan: (engkau telah dijanjikan Allah bahawa) engkau akan hidup di dalamnya dan engkau tidak akan mati; engkau akan hidup sihat di dalamnya dan tidak akan jatuh sakit; engkau akan sentiasa muda dan tidak akan menjadi tua; engkau akan sentiasa dalam kedamaian dan tidak akan berasa sengsara” [Muslim]
Mukmin di dalam syurga akan dihidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman. (surah al-Mursalat: 43) Allah akan menyediakan mereka dengan pelbagai jenis buah-buahan dan daging, (surah at-Tur: 22) dan daging puyuh yang mereka inginkan (Surah al-Waqi'ah: 21). Tambahan pula, nikmat ini tidak akan kehabisan (Surah Sad: 54) Al-Qur'an menjelaskan bahawa taman-taman yang kehijauan (Surah ar-Rahman: 64) mempunyai sungai-sungai yang mengalir di bawahnya dan makanan serta bayany-bayang pohonan yang menyejukkan akan berada di situ selamanya (Surah ar-Ra'd: 35). Pohon-pohon yang mempunyai dahan yang penuh dengan buah-buahan yang masak ranum bergantungan, siap sedia untuk dipetik (Surah al-Insan: 14 dan Surah al-Waqi'ah: 28-29). Air yang memancut dan mata air diantara sifat-sifat semulajadi yang dikaitkan dengan syurga di dalam al-Qur'an (surah ar-Rahman: 66).
Di dalamnya, terdapat juga sungai-sungai yang akan sentiasa bersih dan suci, sungai-sungai daripada susu yang rasanya tidak akan berubah, dan sungai-sungai daripada madu yang keasliannya tidak dicemari, menyegarkan kepada semua yang meminumnya (Surah Muhammad: 15). Sesetengah nikmat di dalam syurga akan menyerupai nikmat di syurga dan sesetengah lagi ialah sesuatu yang tidak diketahui sifat-sifatnya (Surah Ar;Rahman: 48). Nikmat yang tidak terhitung dan keindahannya tidak dapat dibayangkan menanti orang-orang yang beriman di syurga sebagaimana yang dinyatakan di dalam surah ash-Shura, ayat 22.
Orang-orang beriman akan tinggal di kediaman yang indah di syurga (Surah at-Tawbah: 72) dan akan berbaring di sofa daripada sutera broket (surah al-Waqi'ah: 15-16) Nikmat-nikmat lain yang dijanjikan kepada mukmin adalah seperti berikut:
Dan diedarkan kepada mereka bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksana kaca. (Surah al-Insan: 15)
Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera. (Surah al-Insan: 12)
Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan membeirkan kepada mereka minuman yang bersih. (Surah al-Insan: 21)
Sudah tentu, berada bersama orang-orang tersayang adalah salah satu nikmat di dunia. Orang-orang yang beriman berasa sangat gembira menghabiskan masa bersama saudara mara mereka yang benar-benar mengabdikan diri kepada Allah. Oleh itu, memikirkan akan bersama-sama mereka lagi di dalam syurga adalah satu sumber motivasi yang kuat kepada mukmin yang cenderung dengan sentimen ini. Walau bagaimanapun, perhubungan ini tidak hanya terhad pada beberapa tahun sahaja, sebagaimana di dunia, tetapi perhubungan ini akan kekal abadi.
(Iaitu) Syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapa-bapanya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan); ”Salamun alaikum bima sobartum. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (Surah ar-Ra'd: 23-24)
Di dalam syurga, orang-orang mukmin juga akan bersama-sama pasangan mereka yang mereka kehendaki. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Qur'an, “...di dalamnya mereka akan mempunyai pasangan yang sempurna keasliannya...” (surah an-Nisa” 57) Suci daripada segala ketidaksempurnaan, isteri di syurga diciptakan berbeza:
Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung. (Surah al-Waqi'a: 35).
Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (mereka). Mereka dan isteri-isteri mereka berada dalam tempat yang teduh, bertelakan di atas dipan-dipan. (Surah Ya Sin: 55-56)
Allah, yang menganugerahkan pelbagai nikmat kepada hamba-hambaNya di dalam syurga, menciptakan setiap perkara itu untuk memberikan kesenangan. Allah akan membalas hamba-hambaNya dengan memberi segala perkara yang mereka inginkan. Ayat di bawah menyatakan dengan lebih jelas bahawa tiada had untuk nikmat-nikmat ini di dalam syurga:
Mereka di dalamnya memperolehi apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahannya. (Surah Qaf: 35)
Untuk memastikan manusia rindukan dan mengharapkan syurga dan juga berusaha mencari keredhan Allah, Allah telah memciptakan dunia dengan serba kekurangan. Dunia ini diciptakanNya dengan nikmat-nikmat yang terhad dan semua benda akhirnya akan mati. Kekurangan dunia ini tidak terhad kepada mati sahaja, malah sebagai ujian kepada mereka yang tidak beriman. Mereka menikmati keindahan dunia sekejap sahaja dan cepat bosan dengannya walaupun perkara itu dianggap suatu yang terbaik. Walau bagaimanapun syurga ialah tempat dimana seseorang tidak akan pernah berasa letih dan jemu dengan kenikmatannya. Tiada   rasa letih atau jemu yang dirasai oleh orang-orang yang beriman sama ada di syurga ataupun di dunia (Surah Fatir: 35)
Tetapi, jangan sesekali lupa nikmat yang lebih besar, lebih bermakna daripada syurga ialah keredhaan Allah. Untuk orang-orang mukmin, tiada keuntungan material yang boleh membuatkannya lebih gembira daripada mendapat keredhan Allah. Sebagai mana yang dinyatakan didalam al-Quran
"...Dan keredhaan Allah adalah lebih besar...". (Surah at-Tawba: 72)
Apa yang membuatkan keindahan di syurga begitu tinggi adalah kerana mereka diberikan nikmat itu sebagai tanda keredhaan Allah. Allah redha dengan amalan-amalan mereka dan menganggapnya layak untuk memasuki syurga, diampuni dosa-dosanya, dan menempatkan mereka di kediaman yang paling indah, dimana mereka boleh menikmati kebahagian hidup untuk selama-lamanya. Khabar gembira tentang syurga dinyatakan didalam al-Qur'an sebagai berikut:
Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas (redha) lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu. (Surah al-Fajr: 27-30)
Ini ialah janji Allah kepada sesiapa yang diredhaiNya. Jangan sesekali lupa, hanya mereka yang tahu bahawa dunia ini ialah ujian, berhati-hati dengan amaran-amaran daripada Allah, mengikut suara hati mereka dan berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah, yang akan mendapatkan kesudahan yang baik ini.

No comments: