JANGAN SEKALIPUN LUPA BAHAWA PETUNJUK SEBENAR HANYALAH AL-QUR'AN
Alif Lam Ra. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu engeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (Surah Ibrahim: 1)
Allah menurunkan al-Qur'an kepada manusia untuk kita berfikir, supaya kita tahu yang hanya Allah, tuhan yang satu, untuk belajar bagaimana untuk beribadat kepada-Nya dan untuk fokus. Al-Qur'an, petunjuk kita yang satu, memberikan kita pelbagai penjelasan untuk segala yang kita perlukan, menunjukkan kita jalan untuk mendapat keredhaan Allah dan memberi khabar gembira tentang kesudahan yang besar bagi mereka yang berserah kepada-Nya sebagai hamba:
...Dan Kami turunkan kepada Al Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. (Surah an-Nahl: 89)
Al-Qur'an ialah Buku yang mengandungi kebenaran yang diturunkan Allah kepada hamba-Nya. Ia mengandungi amaran, penawar dan rahmat kepada orang yang beriman. Orang yang beriman yang memahami realiti yang penting ini akan berfikir secara mendalam setiap ayat al-Qur'an dan menghabiskan semua masa dalam hidupnya dengan mematuhinya (al-Quran). Jawapan untuk setiap soalan yang dicarinya terkandung di dalam al-Quran.
Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah kitab (Al-Quran) kepada mereka yang Kami telah menjelaskan atas dasar pengetahuan Kami; menjadi pentunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Surah al-A'raf: 52)
Kerana al-Quran menerangkan segala perkara yang berkaitan dengan menjadi hamba Allah, manusia bertanggungjawab untuk hidup dengan Al-Quran, menjauhi larangnya dan mematuhi perintahnya. Pada Hari Perhitungan, manusia akan disoal berdasarkan Buku ini sendiri. Oleh itu, jangan sesekali lupa bahawa bagaimana kita membawa diri, fikiran, keputusan, secara singkat, seluruh kehidupan kita, sepatutnya berkait rapat hanya dengan al-Qur'an dan bukannya apa yang majoriti manusia mahukan. Hidup dengan al-Qur'an ialah cara yang unik untuk menyelamatkan diri daripada api neraka.
Tambahan pula, ia penting untuk membaca dan memahami al-Quran untuk hidup dengan agama yang diturunkan di dalamnya, walaupun masyarakat di sekeliling kita mungkin jauh daripada mematuhinya (al-Quran). Majoriti manusia mungkin tidak pernah membaca al-Quran. Sebaliknya, di kalangan mereka yang mengetahui al-Quran, mereka mungkin di kalangan yang menghafal ayat-ayat di dalam bahasa arab sahaja tanpa memikirkan maknanya. Mereka mungkin menganggap al-Quran sebagai azimat (Sesungguhnya Allah adalah sangat jauh daripada gambaran palsu yang diberikan kepada Allah) dan oleh yang sedemikian meletakkannya di atas rak yang paling tinggi. Tetapi sekiranya kita mahu menyelamatkan diri daripada neraka, kita perlu mematuhi segala perintah Allaah dan bukannya perintah masyarakat. Kita perlu membaca amaran-amaran yang diturunkan oleh Allah dan mengetahui dengan mendalam perintah-perintah-Nya. Tujuan al-Qur'an diturunkan dijelaskan dengan jelas didalam ayat-ayat dibawah:
(Al-Quran) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengannya, dan supaya mereka menegtahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran. (Surah Ibrahim: 52)
Ini adalah Kitab yang Kamu turunkan kepada mu penuh dengan berkat supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan spaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran. (Surah Sâd: 29)
Sebagaimana yang dilihat didalam ayat Qur'an diatas, Allah memberitahu kita yang hanya mereka yang mempunyai ilmu sahaja iaitu mereka yang mempunyai iman sebagaimana yang dijelaskan di dalam al-Qur'an, akan memberi perhatian. Dan ingatlah bahawa al-Qur'an telah dipermudahkan kepada kita sebagai renungan dan nasihat:
Maka patutkan aku mencari hakim selain Allah,padahal Dia-lah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran) kepadamu dengan terperinci? Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahawa Al-Quran itu diturunkan dari Tuahnmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu. (Surah al-An'am: 114)
Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran yang merupakan ayat-ayat yang nyata, dan bahawasanya Allah memberikan petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. (Surah al-Hajj: 16)
Selain daripada apa yang dinyatakan di dalam ayat-ayat ini, ada perkara lain yang penting untuk kita ingat: Al-Qur'an ialah panduan kepada orang-orang beriman sebaliknya ia boleh menyesatkan orang-orang yang tidak beriman. Mereka yang tidak percaya yang mereka akan dihimpunkan di hadapan Allah pada Hari Pembalasan dan al-Qura'an adalah buku yang benar yang diturunkan oleh Allah, telah gagal memahami tujuan suci ayat-ayat al-Qur'an. Mereka masih pekak dan buta dengan ayat-ayat itu. Keadaan ini dijelaskan di dalam al-Qur'an seperti berikut:
Dan apabila kamu membaca Al-Quran niscaya Kami adakan antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, suatu dinding yang tertutup. Dan kami adakan tutupan di atas hati mereka dan sumbatan di telinga mereka, agar mereka tidak dapat memahaminya. Dan apabila kamu menyebut Tuhanmu saja dalam Al-Quran, niscaya mereka berpaling ke belakang kerana bencinya. (Surah al-Isra': 45-46)
Tanpa sebarang keraguan, sikap orang yang tidak beriman ini adalah berpunca daripada sikap mereka yang tidak ikhlas dan kecenderungan mereka untuk mengikut perasaan dan nafsu. Sebagai contoh kurangnya pemahaman di kalangan orang-orang yang tidak beriman adalah seperti berikut:
Dan tiada Kami jadikan penjaga neraka (Saqar) itu melainkan dari malaikat; dan tidaklah kami jadikan bilangan mereka itu melainkan untuk cubaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab menjadi yakin dan supaya orang yang beriman bertambah imannya dan supaya orang yang diberi Al-Kitab dan orang mukmin itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang kafir (mengatakan): Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai satu perumpamaan? Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang dikehendakiNya dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan tidak ada yang mengetahui antara Tuhamu melainkan Dia Sendiri. Dan saqar itu tiada lain hanya peringatan manusia. (Surah al-Muddaththir: 31)
Orang-orang beriman sebaliknya mempunyai fikiran yang berbeza. Apabila mereka mendengar ayat-ayat Allah, mereka patuh dengan keindahan mesej itu dan dengan demikian medapat keselamatan di dunia dan di akhirat. Sikap orang yang beriman terhadap ayat-ayat Allah dijelaskan di dalam al-Quran seperti berikut:
Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al-Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit daa hati mereka di waktu mengingati Allah, itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehandakiNya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya. (Surah az-Zumar: 23)
Ingatlah, sekiranya kita benar-benar takutkan Allaah, hati kita akan lembut apabila mendengar ayat-ayat-Nya. Ini kerana Allah telah menyatakan kepada kita bahawa orang yang beriman dengan iman yang sebenar akan mendapat kemudahan untuk memahami al-Qur'an sebagai Buku yang benar. Hanya orang yang tidak beriman mempunyai keraguan tentang kesahihannya:
Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahawasanya Al-Quran itulah yang hak dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus. Dan sentiasalah orang-orang kafir itu berada dalam keragu-raguan terhadap Al-Quran, hingga datang kepada mereka saat (kematiannya) dengan tiba-tiba atau datang kepada mereka azab hari kiamat. (Surah al-Hajj: 54-55)
Ingatlah, kita akan dihakimi berpandukan al-Qur'an pada Hari Pembalasan. Allah menyatakan kebenaran ini didalam ayat tersebut:
Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar adalah satu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan diminta pertanggungjawaban. (Surah az-Zukhruf: 43-44)
Masyarakat yang jauh daripada al-Qur'an, dan mereka yang hampir mengabaikannya, sepatutnya tidak boleh memperdayakan kita. Ini kerana, sebagaimana manusia menganggap jangka hayat seseorang ialah antara 60- 70 tahun sebagai jaminan, mereka cenderung menunggu usia tua sebagai masa yang sesuai untuk mengikuti ajaran al-Qur'an. Mereka dengan salahnya menyimpulkan bahawa hidup berlandaskan agama akan menggugat kegembiraan masa muda mereka. Dengan alasan yang tidak tulus ini, bagaimanapun, mereka menyiapkan diri mereka untuk kesudahan yang pahit.
Satu-satunya panduan yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk menjadi hamba kepada Allah ialah al-Qur'an. Kita perlu menstrukturkan hidup kita berlandaskan perintah-perintahnya. Ini kerana, pada Hari Kiamat, muslim dan bukan muslim adalah sama dan mereka akan diadili berdasarkan kepada kepatuhan mereka terhadap al-Qur'an. Jangan sesekali lupa bahawa kita hanya boleh berharap untuk mendapatkan syurga dan bebas daripada hukuman yang kekal dengan syarat yang kita benar-benar ikhlas melaksanakan perintah-perintah didalam al-Qur'an.
No comments:
Post a Comment