Pages

Friday, November 12, 2010

Masjid pertama Kanada di Artik dibuka




2010/11/12

MASJID pertama di Artik ini dilengkapi  dapur dan perpustakaan untuk kemudahan jemaah.
MASJID pertama di Artik ini dilengkapi dapur dan perpustakaan untuk kemudahan jemaah.
OTTAWA: Masjid pertama Kanada di Artik dibuka semalam di Inuvik untuk memulakan khidmat sebagai rumah ibadat di kawasan komuniti Islam di sana. 

‘Masjid pasang siap’ itu tiba di bandar utara kecil bulan lalu melalui perjalanan 4,000 kilometer (km) melalui darat dan air.Beberapa wartawan termasuk pemberita televisyen Arab menyertai penduduk Islam tempatan untuk majlis pembukaannya.
Bilangan penduduk Islam di bandar dengan 4,000 penduduk di Wilayah Barat Laut Kanada itu meningkat sejak beberapa tahun kepada kira-kira 80 orang. Mereka sebelum ini beribadat di dalam sebuah karavan berukuran tiga kali tujuh meter sehingga ia tidak lagi dapat menampung bilangan jemaah. 

Masjid baru yang digelar sebagai masjid kecil di Tundra oleh media Kanada itu dihiasi dengan permaidani merah di ruang utama, mempunyai sebuah dapur dan perpustakaan, kata ahli jawatankuasa masjid, Amer Suliman. 

“Langit kelabu tetapi lampu dari masjid dan kubah menjadikan ia terang, ia tidaklah terlalu sejuk di luar sana dan tetamu berkumpul di sini,” katanya yang dihubungi. 

Bangunan pasang siap itu dibawa dari Manitoba kerana harga bagi buruh dan bahan adalah lebih rendah berbanding di bahagian utara Kanada. – AFP 

No comments: