JAKARTA 26 Nov. - Gunung berapi Bromo di Jawa Timur semakin aktif dan dilihat mula mengeluarkan kepulan asap putih dan abu sejak Selasa lalu.
Gunung setinggi 2.329 meter itu sebelum ini telah beberapa kali meletus dengan kali terakhir pada 2004. Letusan terbesar yang pernah dicatatkan adalah pada 1974, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.
Pihak berkuasa Indonesia sudah bersiap sedia untuk memindahkan penduduk di perkampungan berhampiran gunung berapi tersebut sekiranya aktiviti gunung itu terus aktif.
Beberapa kawasan berhampirannya seperti pekan Probolinggo, Pasuruan, Lumajang, dan pekan Malang diletakkan dalam dalam keadaan berjaga-jaga ketika ini.
Pengarah bahagian kawalan penyakit dan kesihatan persekitaran, Tjandra Yoga Aditama berkata, kementerian berkenaan akan menilai potensi risiko pemindahan, serta kemudahan kesihatan.
Menurut laporan Metrotvnews.com, kementerian juga sedang meningkatkan perancangan kecemasan di kampung-kampung yang mungkin dipilih sebagai daerah pemindahan termasuk desa-desa di Probolinggo, Pasuruan dan Malang.
Aktiviti gunung berapi Bromo berkurangan hari ini, namun masih berada dalam status bahaya. - AGENSI
No comments:
Post a Comment