Pages

Saturday, November 27, 2010

Amerika bersiap hadapi WikiLeaks





2010/11/27

Pembocoran terbaru maklumat rahsia diplomatik turut babitkan Israel

WASHINGTON: Amerika Syarikat sudah memberi penerangan kepada sekutunya, Britain, Australia, Kanada, Denmark, Norway dan Israel sebagai persiapan menghadapi pendedahan dokumen sulit mengenai hal ehwal mereka oleh laman web pembocor maklumat, WikiLeaks. 

Dalam kenyataannya di laman sembang blok mikro Twitter, WikiLeaks berkata diplomat Amerika memberi taklimat kepada pegawai kanan kerajaan di enam negara sekutunya menjelang pendedahan itu beberapa hari lagi membabitkan hampir tiga juta dokumen.
Sumber yang rapat dengan Jabatan Negara menyatakan pendedahan terbaru itu dijangka termasuk beribu-ribu maklumat diplomatik melaporkan dakwaan rasuah ke atas ahli politik di Russia, Afghanistan dan negara Asia Tengah.
“Dakwaan itu cukup kuat untuk memberi malu besar kepada kerajaan negara asing, manakala beberapa negara kini bersiap bersedia untuk menghadapi kesan daripada pendedahan itu,” katanya. 

Akhbar yang beribupejabat di London, Al-Hayat, menyatakan, dokumen yang akan didedahkan WikiLeaks, termasuk dokumen yang menunjukkan Turki membantu al-Qaeda di Iraq, manakala Amerika menyokong pertubuhan pemberontak Kurdis, (PKK) yang berjuang untuk mendapatkan negara sendiri dari Turki sejak 1984. 

Akhbar Israel, Haaretz yang memetik sumber pegawai kanan kerajaan melaporkan, kedutaan Amerika di Tel Aviv memberi amaran kepada kementerian luar Israel bahawa sesetengah maklumat yang didedahkan boleh mendatangkan masalah dalam hubungan Israel dan Amerika. 

WikiLeaks dalam kenyataannya di Twitter awal minggu ini berkata, pendedahan terbaru itu nanti, adalah tujuh kali lebih banyak berbanding hampir 400,000 dokumen Pentagon mengenai perang Iraq yang didedahkan Oktober lalu. 
Pendedahan WikiLeaks sebelum ini mengandungi maklumat sensitif mengenai perang di Iraq dan Afghanistan, yang menurut kerajaan Amerika, menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan negara dan mencetuskan risiko keselamatan terhadap tenteranya yang bertugas di kedua-dua negara. – Reuters

1 comment:

Mohamadazhan.com said...

salam, kalau Obama memeluk islam..