Pages

Saturday, November 27, 2010

Bos F1 dan kekasihnya dirompak




BERNIE ECCLESTONE dan kekasihnya, Fabiana Flosi.


KNIGHTSBRIDGE – Bos perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone, 80, ditumbuk dan ditendang empat perompak sehingga dia terjatuh sebelum mereka melarikan barang kemas miliknya dan kekasihnya, Fabiana Flosi, 31 yang dianggarkan bernilai £200,000 (RM987,690), lapor sebuah akhbar semalam.
Antara barangan berharga milik bilionair berkenaan dan teman wanitanya yang dirompak termasuk seutas jam tangan dan beberapa bentuk cincin berlian.
Ecclestone kemudian dirawat di sebuah hospital akibat kecederaan di kepala selepas dia dan Flosi diserang hendap sejurus selepas mereka tiba di luar ibu pejabat F1, di sini, tengah London, kelmarin.
“Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan kami masih memburu kumpulan perompak itu,” kata seorang jurucakap polis Metropolitan London.
Ecclestone yang disenaraikan sebagai orang ke-24 terkaya di Britain oleh akhbar The Sunday Times pada tahun lalu dengan anggaran kekayaan mencecah £1.46 bilion (RM7.2 bilion), popular dengan gaya hidupnya yang mewah dan sikapnya yang gemar bertukar-tukar teman wanita.
Dia menceraikan isterinya, Slavica pada tahun lalu dengan wanita tersebut mengambil jet peribadinya yang berharga £36.5 juta (RM180.3 juta).
Mereka mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Tamara dan Petra, masing berusia 26 tahun dan 21 tahun.
Empat tahun lalu, dua tayar kereta baru Mercedes Benz CLS55 AMG miliknya yang diletakkan di luar rumahnya bernilai £10 juta (RM49.05 juta) di Chelsea Squara dilarikan perompak. – Agensi
kosmo

No comments: