Pages

Friday, October 1, 2010

Saya penganut Kristian: Obama





2010/10/01

NEW MEXICO: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, menegaskan sekali lagi beliau beragama Kristian atas pilihan sendiri dalam satu majlis politik di sini sebagai menjawab tuduhan pengkritik mengenai agama sebenarnya. 

Saya sendiri memilih untuk menganut agama Kristian, kata Obama yang menjawab soalan mengenai sebab beliau memilih agama itu.
Majlis berkenaan menjadi sebahagian daripada lawatan empat negeri bertujuan membantu meningkatkan semangat anggota Parti Demokrat menjelang pilihan raya pertengahan penggal menunjukkan semakin ramai warga Amerika percaya beliau beragama Islam.
Saya lewat menganuti agama Kristian, namun kini prinsip Jesus Christ menjadi hala tuju kehidupan saya. 

Antara prinsip itu termasuk menjaga persaudaraan sesama penganut, melayan orang lain seperti melayan diri sendiri dan merendah diri seperti ditunjukkan Jesus Christ untuk membersihkan dosa, katanya. 

Itulah doa saya setiap hari. Khidmat saya adalah sebahagian usaha menunjukkan identiti agama Kristian, tambahnya. 

Tinjauan terbaru Pew Forum on Religion and Public Life, bagaimanapun, menunjukkan hampir seorang setiap lima warga Amerika percaya Obama adalah Muslim. 
Kebanyakan spekulasi tertumpu kepada bapa Obama yang juga seorang Muslim dan Obama belajar di sekolah majoriti Muslim ketika zaman kanak-kanaknya. Agensi

No comments: