BEIJING: Pengasas syarikat, Hangzhou Wahaha Group, Zong Qinghou, dinamakan sebagai tokoh terkaya di China dengan nilai harta sebanyak RM32 bilion.
Dalam senarai terkini dikeluarkan semalam, nama pemilik syarikat minuman itu berada di kedudukan tertinggi berbanding ke-12 pada tahun lalu.
Menurut Senarai Hartawan Hurun 2010 - dianggap menyamai senarai dikeluarkan Forbes - China juga mungkin menjadi negara paling ramai bilionair di dunia.
Senarai itu diterbitkan sehari selepas pelabur bilionair, Warren Buffett dan pengasas bersama Microsoft Corp, Bill Gates, meraikan berpuluh-puluh hartawan dari China di Beijing.
Mereka mengadakan pertemuan bagi membincangkan rancangan menyalurkan bantuan untuk kebajikan di seluruh dunia.
Baru-baru ini, Zong menyatakan kebimbangannya terhadap golongan hartawan China yang mungkin menghadapi tekanan dari luar untuk berjanji memberi derma. - AP
No comments:
Post a Comment