Pages

Friday, October 1, 2010

NATO bunuh tiga tentera




2010/10/01

Helikopter sasar militan tersilap bedil pos askar Pakistan

PARACHINAR: Sebuah helikopter tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang sepatutnya menyerang militan Afghanistan tersilap membedil pos kawalan tentera Pakistan di sempadan berhampiran Afghanistan semalam, mengorbankan tiga askar negara itu.

Tidak lama selepas itu, pegawai kerajaan berkata mereka diarahkan menahan trak membawa bekalan untuk pasukan keselamatan asing daripada memasuki Afghanistan di satu lintasan utama di sempadan.
NATO kemudian memberitahu, ia sudah melancarkan siasatan terhadap dakwaan itu bagi memastikan sama ada kejadian itu ada kaitan dengan satu operasi menyerang pemberontak di wilayah Afghanistan berhampiran.
Tuduhan dan pertelingkahan itu kemungkinan memburukkan lagi ketegangan di antara Islamabad dan Washington, yang bertungkus lumus menghalang kemunculan semula pemberontak Taliban di Afghanistan.

Hujung minggu lalu, helikopter NATO melepaskan tembakan ke arah sasaran di Pakistan, membunuh beberapa pemberontak yang diburu di sepanjang sempadan dari Afghanistan.

Dalam perkembangan berkaitan, dua pegawai kerajaan memberitahu agensi berita, mereka diarah menahan trak bekalan NATO daripada memasuki Afghanistan dari pos sempadan Torkham, Pakistan, pintu masuk utama untuk konvoi bekalan di rantau daerah Khyber.

Awal minggu ini, Pakistan mengancam berhenti menyediakan perlindungan kepada konvoi NATO jika helikopter tentera negara asing itu menyerang sasaran di wilayahnya sekali lagi.
Media Barat memberi alasan, kebanyakan tentera Pakistan di sempadan memakai seragam menyerupai pakaian tradisi, iaitu baju panjang dan seluar longgar menyebabkan sukar mengenal pasti orang awam biasa atau pemberontak.

Mangsa yang maut adalah anggota keselamatan separa tentera ditugaskan mengawal sempadan, kata pihak berkuasa Pakistan.

Mayat mereka dibawa ke bandar terbesar rantau itu di sini, kata pegawai.
Tiga anggota lain turut cedera dalam kejadian itu. AP

No comments: