Pages

Friday, October 15, 2010

Ramai lihat UFO di New York



GAMBAR menunjukkan objek terbang tidak dikenali (UFO) di langit Manhattan, New York kelmarin.


NEW YORK - Satu kumpulan objek misteri yang bersinar berlegar di langit Manhattan, New York kelmarin sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa objek terbang tidak dikenali (UFO) terbang di sekitar bandar raya ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Polis dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Amerika Syarikat (AS) dihujani dengan panggilan telefon daripada orang ramai yang melaporkan melihat objek itu.
Beberapa sumber penguat kuasa undang-undang menyatakan, ia dipercayai sebagai belon tetapi sehingga lewat kelmarin, identiti sebenar objek itu tidak diketahui.
Menurut jurucakap FAA, Jim Peters, tidak ada objek ganjil seperti itu dilihat pada radar.
Seorang wartawan akhbar New York Daily News dapat melihat satu titik kecil dan terapung di langit dari jalan Eight Avenue yang turut disaksikan puluhan orang lagi.
Imej misteri itu muncul selepas sebulan satu kenyataan akhbar dikeluarkan yang mengumumkan penerbitan sebuah buku oleh seorang bekas pegawai Pusat Pemerintahan Aeroangkasa Amerika Utara yang meramalkan UFO akan muncul di beberapa buah bandar raya utama dunia pada 13 Oktober lalu. - Agensi

No comments: