Pages

Thursday, October 28, 2010

Dukun Gunung Merapi tewas





2010/10/28

GUNUNG  Merapi mengeluarkan debu panas yang mengorbankan 28 penduduk kampung Kinahrejo dekat Yogyakarta termasuk  Mbah Marijan (gambar kecil), kelmarin.
GUNUNG Merapi mengeluarkan debu panas yang mengorbankan 28 penduduk kampung Kinahrejo dekat Yogyakarta termasuk Mbah Marijan (gambar kecil), kelmarin.
Mayat pengamal ilmu tradisional, 27 mangsa lain tertimbus dalam debu panas 

YOGYAKARTA: Lelaki tua yang didakwa dukun Gunung Merapi, Mbah Marijan akhirnya dilaporkan tewas dengan gunung berapi terbabit apabila beliau dilaporkan tertimbus dalam kepulan debu yang menyelubunginya.
Mayat Mbah dan kira-kira 27 mangsa lain dibawa keluar dari debu berwarna kelabu itu semalam oleh pekerja penyelamat yang mencari mangsa dan mereka yang terselamat dalam kejadian letusan terbesar kelmarin.
“Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh termasuk Mbah Marijan. Seorang pemberita dan dua sukarelawan turut terbunuh,” kata Banu Hermawan, seorang jurucakap bagi Hospital Sardjito berhampiran Yogyakarta. 

Dari rumah beliau yang dipenuhi dengan asap, penjaga yang setia itu berusia 70-an sejak beberapa tahun mengamalkan amalan tradisional untuk menghalau semangat dari gunung berapi terbabit. 

Media tempatan melaporkan bahawa mayat beliau ditemui di hadapan rumahnya dalam keadaan bersujud, menunjukkan orang tua berkenaan cuba untuk mengakhiri keganasan dari gunung berapi terbabit. 

Pemberita dilaporkan turut ke kampung terbabit untuk memujuk Mbah melarikan diri selepas pihak berkuasa mengeluarkan amaran berjaga-jaga merah yang menunjukkan kemungkinan letusan besar akan berlaku bila-bila masa. 
Tetapi seorang pekerja mencari dan menyelamat memberitahu AFP Mbah berkeras untuk tidak meninggalkan kawasan terbabit. 

“Saya sudah biasa di rumah, lebih baik untuk saya terus berada di sini dan bersembahyang,” pekerja penyelamat terbabit, Taufiq memetik kata-kata Mbah Marijan. 

Gunung Merapi setinggi 2,914 meter berkenaan yang bermaksud Gunung Api adalah paling aktif daripada sejumlah 69 gunung berapi dengan sejarah pernah meletus di Indonesia. 

Berada di kawasan penanaman padi di tengah Jawa kira-kira 400 kilometer ke timur Jakarta, kali terakhir ia meletus adalah pada Jun 2006 yang mengorbankan dua orang. 

Dalam kejadian itu, Mbah juga dilaporkan enggan mematuhi arahan berpindah dengan mengatakan bahawa ia adalah tugasan tradisi dan spiritual beliau untuk terus berada di situ. – AFP

No comments: