Pages

Wednesday, April 3, 2013

Komputer ketiga terpantas dunia di Universiti Illinois




PENGARAH projek Blue Waters, Bill Kramer (kiri) berada di dalam sistem stor komputer Blue Waters.- AP


CHAMPAIGN, Illinois - Komputer ketiga terpantas di dunia terdapat di Universiti Illinois, Amerika Syarikat (AS) yang bernilai AS$350 juta (RM1.08 bilion).
Ia kini boleh digunakan oleh para penyelidik, saintis dan ahli perniagaan.
Komputer itu yang diberi nama Blue Waters dihasilkan dengan menggunakan peruntukan Yayasan Sains Kebangsaan, syarikat IBM Corporation dan Cray Inc.
Projek pembinaan komputer itu bermula pada tahun 2007.
Menurut laman web top500, kedudukan komputer itu berada di belakang komputer Titan yang dibina syarikar Cray di Makmal Kebangsaan Oak Ridge, Tennessee di AS.
Komputer paling pantas membuat pengiraan ialah mesin keluaran IMB, Sequoia yang terdapat di Makmal Kebangsaan Livermore, California. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2PN57Ciux 
Hakcipta terpelihara 

No comments: