Sunday, September 19, 2010
Tulang rangka bapa Alexander
VERGINA - Rangka yang ditemui di dalam sebuah makam di Vergina, Greece pada 1977 dan disangka milik Philip III, adik tiri Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great), mungkin milik bapa mereka, Philip II.
Pandangan baru yang muncul 33 tahun selepas penemuan tulang rangka itu adalah berikutan kesan kecederaan yang nyata pada bahagian soket mata kanan tengkorak yang ditemui.
Kesan itu sama dengan kecederaan yang dialami Philip II dalam peperangan yang berlaku beberapa tahun sebelum raja itu meninggal dunia pada 336 Sebelum Masehi.
Pada mulanya, rangka yang ditemui di dalam makam kuno itu dipercayai milik Philip II dan isteri mudanya, Cleopatra.
Kemudian, muncul pandangan beberapa pengkaji yang mengatakan rangka itu adalah Philip III dan isterinya, Eurydice.
Menurut catatan sejarah, Philip II mati dibunuh pada tahun 336 Sebelum Masehi semasa bala tenteranya sedang dalam peringkat awal menjajah Persia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment