Pages

Sunday, September 19, 2010

6 tukang sapu disyaki cuba bunuh Pope





2010/09/19

SEORANG penunjuk perasaan dikerumuni polis sebelum Pope Benedict tiba di Kolej Universiti St Mary’s, London, semalam.
SEORANG penunjuk perasaan dikerumuni polis sebelum Pope Benedict tiba di Kolej Universiti St Mary’s, London, semalam.
Suspek dijadual bertugas di sekitar parlimen tempat pemimpin Vatican dijangka berucap 

LONDON: Enam tukang sapu ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam komplot meletupkan bom bagi membunuh Pope Benedict yang melakukan lawatan rasmi ke Britain, lapor akhbar semalam.Lima lelaki ditahan di depoh dalam serbuan awal pagi manakala suspek keenam ditangkap di sebuah rumah di utara London selepas itu.
Sumber berkata, beberapa suspek terbabit dijadual menyapu jalan raya sekitar parlimen tempat Pope Benedict dijangka akan berucap kepada ahli dewan di Westminster Hall, petang semalam. 

Pope Benedict juga melawat Lambeth Palace dan Westminster Abbey. Pihak berkuasa bimbang suspek terbabit merancang meletakkan bom dalam tong sampah di laluan pemimpin Vatican itu. 

Lima suspek berkenaan berusia antara 26 hingga 50 tahun berketurunan Algeria dan Maghribi. 

Mereka ditahan kerana disyaki merancang, membuat persediaan dan sedia melakukan keganasan, lapor Daily Record. 
Operasi dilancarkan dengan serbuan ke atas depoh syarikat Veolia yang memiliki kontrak menjaga kebersihan Majlis Westminster pada 5.45 pagi waktu tempatan. 

Seorang daripada tukang cuci yang menyaksikan kejadian berkata: “Kami semua berada dalam bilik apabila ramai anggota polis masuk dan menyebut lapan nama dan orang yang dipanggil dibawa ke tempat lain. 

“Tiga daripada mereka masuk semula ke bilik dan yang lain digari. 

“Kami hanya melihat dan tidak faham apa yang berlaku. Orang yang ditahan juga kelihatan terkejut. 

“Saya tidak tahu mengapa mereka ditahan. Saya tak percaya ia disebabkan keganasan. Mereka semua suka bergurau. Mereka tidak akan terbabit dalam perkara seperti itu.” 

Mereka disoal siasat di sebuah balai polis di tengah London. – Agensi 

No comments: