Pages

Sunday, September 19, 2010

Singa Afrika 'Osama' mati


GAMBAR fail menunjukkan Osama ketika berada di dalam sebuah kandang di Zoo Surabaya.


SURABAYA - Seekor singa Afrika yang menjadi tarikan utama pengunjung datang di Zoo Surabaya di sini kerana bernama Osama sempena nama ketua militan al-Qaeda itu, Osama Laden, ditemui mati Khamis lalu, lapor akhbarJawa Pos semalam.
Mamalia berusia 11 tahun itu disahkan mati akibat radang paru-paru dan barah tetapi haiwan tersebut sebenarnya sudah tiga bulan menderita apabila lumpuh serta terpaksa menjalani rawatan secara kuarantin.
Ketua bahagian rekod zoo berkenaan, Anthan Warsito berkata, Osama dibawa ke taman haiwan tersebut pada usia empat tahun sebagai hadiah istimewa daripada Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Cikananga di Bogor dekat sini.
Pihak pengurusan zoo itu berkata, punca penyakit yang dialami Osama kerana keadaan sempit kandang selain faktor usia namun, baki seekor singa jantan dan empat ekor singa betina yang masih berada di situ disahkan bebas daripada penyakit. - Agensi

No comments: