Pages

Tuesday, September 14, 2010

Israel lulus 13,000 rumah baru penduduk Yahudi




2010/09/14

PENDUDUK Badwi cuba membina semula rumah mereka selepas dirobohkan pihak berkuasa Israel di kawasan El Araqib, selatan Israel.
PENDUDUK Badwi cuba membina semula rumah mereka selepas dirobohkan pihak berkuasa Israel di kawasan El Araqib, selatan Israel.
Projek pembinaan di Tebing Barat bakal jejas rundingan damai 

BAITULMAQDIS: Israel meluluskan 13,000 lagi penempatan baru penduduk Yahudi di Tebing Barat dan pembinaannya akan dimulakan selepas tempoh penangguhan sementara berakhir bulan ini, kata sebuah kumpulan pemerhati.Kenyataan itu dikeluarkan selepas satu laporan menyatakan Israel merancang memulakan kembali projek pembinaan di Tebing Barat selepas penangguhan berakhir 26 September ini, tindakan yang disifatkan Palestin akan menjejaskan rundingan damai baru tajaan Amerika.
Kumpulan Peace Now yang menentang pembinaan penempatan baru berkata, kawasan terbabit sudah dibahagikan kepada 2,066 unit manakala 11,000 lagi sudah mendapat kelulusan kerajaan. 

“Ini bermakna jika kerajaan meluluskan projek pembinaan baru dan tidak menyambung arahan penangguhan, penduduk Yahudi masih boleh membina 13,000 unit rumah,” kata kumpulan itu. 

Jurucakap kumpulan itu berkata, sebanyak 25,000 unit rumah lagi sedang menunggu kebenaran kerajaan. 

Seorang pegawai kerajaan Israel yang tidak mendedahkan namanya mengesahkan bahawa pembinaan kira-kira 2,000 rumah boleh dimulakan tanpa memerlukan kebenaran lanjut. 
Presiden Amerika, Barack Obama minggu lalu berkata, beliau sudah menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu agar melanjutkan tempoh penangguhan itu. 

Sementara itu, Netanyahu kelmarin mengulangi tuntutannya kepada Palestin supaya mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi, dalam kenyataan sebelum pusingan kedua rundingan damai. 

Tuntutan itu, yang berulang kali ditolak Palestin, mungkin merumitkan lagi rundingan yang baru dilancarkan semula yang masuk pusingan kedua di Mesir hari ini dengan penyertaan Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton. 

“Sama seperti kami meminta mengiktiraf negara Palestin, kami juga menuntut dan menjangka Palestin akan mengiktiraf sebuah negara Yahudi. 

“Ini adalah asas perdamaian sebenar,” kata Netanyahu ketika bermulanya mesyuarat mingguan kabinet. 

Kedua-dua pihak melancarkan semula rundingan langsung 2 September lalu selepas berbulan tekanan Amerika, namun masih terbahagi secara mendalam berhubung isu penting konflik serta tamatnya moratorium penempatan Israel hujung bulan ini. – AFP 

No comments: