Pages

Tuesday, September 14, 2010

Pemisah Islam sedia runding




2010/09/14

MANILA: Pemisah Islam di selatan Filipina semalam berkata, mereka sudah bersedia untuk kembali mengadakan rundingan dengan kerajaan. 

Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dalam satu kenyataannya berkata, mereka sudah mewujudkan semula pasukan perunding dan kini menunggu maklumbalas dari Malaysia mengenai tarikh rundingan di Kuala Lumpur.“Perkembangan ini bermakna kami sudah bersedia untuk mengadakan semula rundingan.
“Kami sudah mengemukakan senarai nama jawatankuasa damai kepada Kuala Lumpur dan kami berharap kerajaan jujur dalam rundingan,” kata ketua perunding, Mohagher Iqbal. 

MILF yang mempunyai 12,000 anggota sudah mengadakan pemberontakan sejak lebih tiga dekad untuk mewujudkan sebuah negara Islam berasingan di kepulauan Mindanao, di selatan negara itu. 

Lebih 150,000 orang terbunuh di wilayah itu yang turut menjejaskan perkembangan ekonomi Mindanao yang kaya sumber asli. 

Presiden Benigno Aquino sebelum ini berkata, rundingan dengan MILF akan diadakan selepas Ramadan, tetapi tidak menyatakan tarikh sebenar. – AFP 

No comments: