2010/08/19
INJAZ menceroboh Kedutaan Turki di Tel Aviv untuk menuntut suaka politik.
TEL AVIV: Seorang rakyat Palestin yang memecah masuk ke Kedutaan Turki di Israel untuk cuba menawan dan menuntut suaka politik, diserahkan kepada pihak berkuasa Israel lewat, kelmarin.
Tujuh jam selepas memasuki kedutaan, penyerang diiring keluar dan dibawa menaiki ambulans Israel.Dengan mengenakan baju biru muda dan sedikit tempang berikutan cedera akibat tembakan, dia mengangkat tangan dan menjerit sebelum pasukan polis Israel dan paramedik menahannya.Pengawal kedutaan menahan lelaki itu ketika cuba menawan timbalan konsul selepas menjerit untuk mendapatkan suaka politik, kata kenyataan Turki sambil menambah lelaki terbabit bersenjatakan pisau, tin gasolin dan senjata api mainan.
Jurucakap kementerian luar Israel, Yigal Palmor mengenal pasti penyerang sebagai Nadim Injaz, rakyat Palestin dari bandar Ramallah, Tebing Barat.
Polis Israel berkata, Injaz baru keluar penjara selepas menjalani hukuman kerana melakukan serangan terhadap kedutaan Britain empat tahun lalu, juga untuk mendapatkan suaka politik.
Channel 2 TV memainkan rakaman panggilan telefon yang didakwa daripada penyerang.
Saya mempunyai dua tawanan. Saya akan letupkan kedutaan ini. Jika mereka tidak benarkan saya tinggalkan negara ini sekarang, saya akan bakar seluruh bangunan, katanya dalam bahasa Hebrew.
Seorang peguam yang mendakwa bercakap dengan Injaz melalui telefon memberitahu
Radio Israel, tawanan terbabit iaitu konsul dan isterinya dibebaskan.
Injaz berkata, dia meminati Pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Saya sayangkan dan hormati beliau, katanya.
Pemimpin Turki itu perlu memberikan perlindungan politik terhadap pembunuh Zionis ini, membunuh Yahudi, katanya yang mengaitkan insiden dengan ketegangan antara Israel dan Turki. AP
No comments:
Post a Comment