Pages

Thursday, August 19, 2010

Sharifah Aini, Siti berbaik


Oleh Farihad Shalla Mahmud

2010/08/19

Tak gaduh lagi.
Tak gaduh lagi.
KUALA LUMPUR: Krisis peribadi Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dengan Datuk Siti Nurhaliza sejak enam tahun lalu, berakhir apabila dua penyanyi terkemuka tanah air itu dipertemukan dalam sesi fotografi khas bersama Berita Harian, di Hotel The Royale Chulan, di sini petang semalam. 

Walaupun pernah bertembung dalam beberapa majlis sebelum ini, ini kali pertama mereka disatukan dalam sesi fotografi selepas dikaitkan dengan kontroversi yang pernah menggemparkan dunia hiburan tanah air dan mendapat liputan meluas media.Kontroversi tercetus apabila Sharifah Aini didakwa membuat fitnah menerusi e-mel dengan niat merosakkan reputasi Siti Nurhaliza. Bagaimanapun, pendakwaan terhadap penyanyi itu digugurkan selepas didapati tiada kes yang boleh mengaitkannya.Sharifah Aini ketika ditanya kesudiannya memenuhi undangan itu, berkata beliau bersetuju kerana tidak mahu orang ramai terus berprasangka buruk terhadap hubungan mereka berdua. 

Sebenarnya antara kami tiada apa yang berlaku. Kami menjadi mangsa keadaan. Pada saya, Siti seorang yang baik dan masih seperti yang saya kenal dulu, katanya. 

Siti Nurhaliza ketika ditanya sama ada masih memendam perasaan terhadap apa yang berlaku, berkata perkara itu sudah dilupakannya. 

Apa yang berlaku sudah lama Siti lupakan. Siti anggap ini semua keberkatan Ramadan. Siti harap, selepas ini hentikan semua spekulasi yang tidak baik, katanya. 
Sepanjang lima jam di lokasi penggambaran, dua diva itu kelihatan mesra dan saling bertanyakan perkembangan masing-masing. Sambil mengakui pasti akan ada cakap-cakap nakal mempertikaikan keikhlasan mereka, dua penyanyi itu menegaskan mereka tidak mempedulikannya serta mengharapkan ikatan yang terjalin akan berkekalan. 

No comments: