CANTERBURY - Ramai pemancing di Britain berkabung apabila seekor ikan air tawar terbesar di negara itu ditemui mati terapung di Tasik Conningbrook di Chilham di sini baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Diberi gelaran Two Tone kerana warna sisiknya yang cantik, ikan itu mati ketika berusia 45 tahun akibat penyakit tua.
Bangkai ikan itu akan ditanam bersebelahan tasik itu pada minggu depan dengan sebuah plak akan dibina di pusaranya.
Ikan kap seberat 32 kilogram itu menjadi legenda rakyat kerana ia sukar ditangkap dan ramai pemancing sanggup menghabiskan masa 60 jam seminggu untuk memburunya sehingga menyebabkan banyak kes perceraian berlaku.
Tidak ramai pemancing berjaya menangkap kap itu, namun Two Tonedipercayai pernah ditangkap 50 kali sebelum ia dilepaskan semula ke dalam tasik. - Agensi
No comments:
Post a Comment