10 Sifat Yang Zalim
Sufyan Atstsauri berkata: “Sepuluh macam daripada kekejaman iaitu:
Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan anak-anaknya dan kaum mukminin
Seorang yang pandai membaca Al-Quran tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat
Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat solat sunat Tahiyyatul Masjid.
Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan tidak mendoakan untuk ahli kubur
Seorang yang sampai disuatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang Jumaat secara berjemaah
Seorang yang didaerahnya didatangi oleh seorang alim, dan tidak mengambil peluang untuk mempelajari agama daripadanya.
Dua orang bertemu diperjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang
Pemuda yang tidak ada kerjanya dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
Seorang yang kenyang sedang ia tahu bahawa tetangganya lapar tetapi tidak diberi dari makanannya itu.
No comments:
Post a Comment