Pages

Wednesday, August 18, 2010

Abu Bakar berbuka dengan isteri, anak


JAKARTA: Guru agama, Abu Bakar Bashir yang kini dalam tahanan pihak berkuasa Indonesia kelmarin menerima kehadiran isteri dan anaknya yang melawat beliau di Rutan Bareskrim, ibu pejabat polis Indonesia.

Isteri Abu Bakar, Aisyah Baraja yang ditemui pemberita turut menyatakan rasa rindu beliau kepada suaminya selepas beberapa hari tidak bertemu dengan ulama yang ditahan kerana disyaki mengetuai sebuah rangkaian pemisah baru berkenaan.Aisyah turut membawa makanan untuk berbuka puasa selain senaskah al-Quran untuk kegunaan suaminya itu.“Beri dukungan (sokongan) buat Bapak, mahu bertemu dulu, mahu berbuka puasa,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat polis Indonesia.

Aisyah bersama anak ketiganya dilaporkan tiba dari Solo, Jawa Tengah dengan ditemani anggota Tim Pembela Muslim, Ahmad Michdan.

Abu Bakar ditahan 9 Ogos lalu di Banjar, Jawa Barat sebaik saja menamatkan kuliah beliau selepas didakwa membiayai dan memberi latihan kepada militan yang merancang untuk melakukan satu siri serangan di Jakarta.

Sementara itu sumber polis kelmarin mendakwa Abu Bakar mengumpul berpuluh ribu dolar hasil penyebaran video kem latihan militan di wilayah Aceh.
Sumber berkenaan berkata, Abu Bakar turut merancang latihan bersama Dulmatin yang disifatkan sebagai dalang dalam kejadian pengeboman kelab malam di Bali pada 2002 yang membunuh sekurang-kurangnya 202 orang yang kebanyakan mereka adalah pelancong Barat.

Dulmatin dibunuh pada Mac berikutan penemuan kem terbabit beberapa bulan sebelumnya. – Agensi

No comments: