Pages

Wednesday, August 18, 2010

Dongeng pok ke



GEORGETOWN – Presiden Majlis Aids Malaysia (MAM), Datuk Mohd Zaman Khan menafikan cicak tokek atau dikenali juga sebagai ‘pok ke’ mampu mengubati beberapa jenis penyakit termasuk HIV dan Aids. 

Mohd Zaman berkata, sebagai individu yang saban hari bergiat membantu pesakit berkenaan, beliau maklum bahawa setakat ini, belum ada penawar bagi penyakit itu. 

Menurutnya, ada yang beranggapan cicak tokek atau nama saintifiknya, Gekkonidae mampu merawat HIV, Aids, penyakit kulit dan asma menyebabkan harganya melambung tinggi dan mampu membuatkan orang yang memeliharanya menjadi jutawan dalam masa singkat. 

“Mana ada cicak sebegitu boleh buatkan orang sakit Aids dan HIV pulih, malah kononnya mampu memanjangkan umur manusia,” katanya. 

Dipercayai, tokek yang mencapai berat 350 gram menghasilkan sejenis enzim yang boleh digunakan untuk mengubati HIV dan Aids. 

Sebelum ini, akhbar melaporkan kisah seorang pemuda bernama Arbin dari Tawau, Sabah yang dikatakan menemui tokek gergasi ketika memburu reptilia itu di kawasan hutan Kalabakan - Nunukan di sempadan Sabah - Kalimantan, menjadi jutawan selepas menjual cicak berkenaan dengan harga RM64 juta atau RM1 juta sekilogram. 

Orang kita memang mudah diperdaya. Sekarang heboh pasal pok ke atau tokek, sejenis cicak hutan yang kononnya boleh jadi ubat sembuhkan HIV/ Aids. 

Suatu ketika dulu, buluh kuning pun ada orang jual sebuku sampai RM5 sebab kononnya mujarab untuk halau orang minyak. 

Orang minyak Pak Chat rasa kalau betul-betul halau, guna batang penyapu saja sudah cukup, tak perlu buluh kuning pun. 

Kalau agak tak lari juga, cuba angkat batang cangkul pula. Tengok dia tunggu atau tidak! 

Pak Chat juga pernah dengar kisah ada orang buru sejenis lipas tanah dipanggil 'lepet' yang kononnya boleh buang resdung. Bayangkan lipas yang punyalah kotor itu ditenyeh di pipi, mahu tidak keluar isi perut yang kononnya itulah kuman resdung. Itu belum lagi cerita bab ubat kuat. 

Sekarang ini, di mana-mana pun kita boleh jumpa benda pelik-pelik yang kononnya boleh selesaikan macam-macam masalah. 

Kalaulah dikata mengkarung boleh jadi ubat kuat, Pak Chat rasa ramai orang Ulu Mahang sudah jadi jutawan!

1 comment:

Anonymous said...

salam, tuan tentang lipas.

kini satu hasil kajian telah dikeluarkan enzim dari perut lipas adalah yg terbaik utk mengcegah penyakit yg datangnya dari bacteria dan virus2 yg merbahaya.

syam