Pages

Wednesday, August 25, 2010

AS bimbang tindakan Iran lancar bot perang


WASHINGTON 24 Ogos - Amerika Syarikat (AS) melahirkan kebimbangannya selepas Iran melancarkan bot penyerang dan pesawat pengebom jarak jauh tanpa pemandu sambil mendakwa, tindakan Iran itu hanya akan menjerat diri sendiri kerana negara-negara jiran akan bekerjasama dan menentang tindakan republik Islam itu.
Iran mula menghasilkan dua bot pelancar peluru berpandu berkelajuan tinggi pada Isnin lalu sehari selepas Presidennya, Mahmoud Ahmadinejad melancarkan pesawat pengebom jarak jauh tanpa juruterbang buatan tempatan.
"Ini merupakan satu kebimbangan bukan sahaja kepada kami, malah juga kepada negara jiran Iran," kata jurucakap Jabatan Negara, Philip Crowley kepada pemberita.
Katanya, walaupun setiap negara berhak membuat persediaan untuk mempertahankan diri, namun, AS bimbang dengan kemampuan sistem berkenaan yang mampu menggugat keharmonian dan keamanan di rantau itu.
"Jika mereka meneruskan tindakan itu, keselamatan mereka juga dibimbangi tergugat kerana ada kemungkinan beberapa negara jiran akan bekerjasama menentang Iran," katanya.
Beliau berkata, AS masih terbuka untuk mengadakan dialog dengan Iran bagi memberi ruang kepada mereka menerangkan tentang matlamat projek program nuklearnya. - AFP

No comments: