LONDON – Seprang pegawai penganjur sebuah acara larian amal, Dana Penyelidikan Barah Sedunia (WCRF) terkejut apabila dia mendapati sebiji pisang mengandungi dua isi, lapor sebuah akhbar semalam.
Pengurus Besar WCRF, Teresa Nightingale berkata, pisang itu disumbangkan oleh firma Dole Fresh UK yang sering menaja acara makan buah-buahan pada setiap Jumaat bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan buah-buah dan sayur-sayuran.
“Jika saya tidak melihat pisang itu dengan mata saya sendiri, saya mungkin menganggapnya ia sebagai satu gurauan,” katanya.
Seorang saintis tanaman di Universiti Warwick, Ken Manning berkata, pisang unik itu mungkin terjadi sewaktu ia dalam proses pembesaran di peringkat awal.
“Ia amat luar biasa,” katanya. – Agensi
kredit : kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment