Pages

Wednesday, May 19, 2010

Drama angkasawan di ISS


GARRETT REISMAN berdiri membaiki sebuah antena di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa kelmarin.

STESEN ANGKASA LEPAS ANTARABANGSA (ISS) – Seorang angkasawan, Garrett Reisman cemas selepas dia terkandas setengah jam di luar ISS kerana gangguan tenaga, lapor sebuah akhbar semalam.
Angkasawan berusia 42 tahun itu berada di ruang angkasa lepas di luar ISS lebih dua jam kerana membaiki kerosakan pada sebuah antena kelmarin apabila stesen berkenaan yang terletak 400 kilometer dari bumi mengalami masalah gangguan tenaga.
Masalah berlaku apabila komputer pusat ISS tiba-tiba padam manakala sistem komputer sokongan pula gagal menghidupkan tangan robotik sepanjang 17 meter yang digunakan dalam kerja-kerja pembaikan antena tersebut.
Reisman dan rakannya, Piers Sellers menarik nafa lega apabila sistem komputer itu yang dikawal oleh pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dari bumi, berjaya dibaik pulih sekali gus membolehkan kedua-dua angkasawan itu meneruskan misi mereka. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

No comments: