Pages

Tuesday, May 11, 2010

Kereta kalis peluru RM3.16 juta




GAMBAR menunjukkan kereta kalis peluru Hummer Knight XV.


TORONTO - Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hummeryang dikilangkan di Kanada kini mencipta nama sebagai kenderaan kalis peluru paling mewah di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta itu yang dinamakan Knight XV memiliki panjang 6.09 meter manakala harganya bermula dari AS$484,645 (RM1.5 juta) hingga AS$989,946 (RM3.16 juta) bergantung kepada ciri-ciri tambahan yang diminta pelanggan.
Selain mampu menahan hujan peluru, Knight XV dilengkapi tempat duduk mewah, skrin televisyen cecair kristal (LCD), permainan videoPlaystation, sistem audio 12 pembesar suara serta sistem pembesar suara yang membolehkan penumpang bercakap dengan orang di luar tanpa perlu membuka tingkap kenderaan.
"Kami percaya telah mencipta segmen tersendiri bagi pasaran kenderaan kalis peluru mewah dengan Knight XV," kata Presiden Syarikat Conquest Vehicles yang mengeluarkan kenderaan istimewa itu, William Maizlin.
Kenderaan kalis peluru gergasi itu dijana enjin V10 Ford dengan 400 kuasa kuda dan mampu mencapai kelajuan maksimum 160 kilometer sejam. - Agensi

No comments: