Pages

Tuesday, May 11, 2010

Pakai pakaian tradisi semasa mengundi




NICOLAS CAWED (kanan) dan anak perempuannya, Mia Nicole mengisi borang sebelum mereka membuat pengundian menerusi mesin automatik di Bandar Baguio, Filipina semalam.


BANDAR BAGUIO - Seorang penduduk asli daripada suku Igorot, Nicolas Cawed, 66, dan anak perempuannya, Mia Nicole, 20, tidak ketinggalan mengundi dengan menggunakan mesin automatik pada pilihan raya Presiden Filipina semalam.
Kedua-duanya memakai pakaian tradisi penduduk itu semasa membuat pengundian.
Lebih 50 juta penduduk negara itu mengundi untuk memilih Presiden baru bagi menggantikan Gloria Macapagal Arroyo yang tamat penggal pemerintahan.
Antara yang bertanding bagi menggantikan Arroyo ialah Senator Beningno Aquino III iaitu anak bekas Presiden Filipina, Corazon Aquino. - Agensi

No comments: