Pages

Tuesday, May 11, 2010

Apakah Kesesatan Wahabi@Salafiyyah ini??

Assalamualaikum…
Sahabat,
Benar apa yg dijelaskan oleh Dr. Uthman El-Muhammady tentang kesesatan golongan wahabi dalam aqidah. Saya dan rakan-rakan yg menentang dan membasmi gejala wahabi ini berusaha memperjelaskan masalah Aqidah Wahabi yg sesat.Kami bukan hanya mahu mengutarakan isu2 khilafiyyaah yg telah lama Ulamak kita tangani dahulu. Dewasa ini, soal Aqidah Wahabi yg sesat menjadi punca kami Ahlus Sunnah menentang Wahabi, bukan isu khilafiyyah.
Soal Aqidah, mereka sengaja@tersalah@jahil@tidak mendapat hidayah dalam memperjelaskan sifat2 yg berkaitan dengan Ayat2 Mutasyabihat. Mereka(golongan wahabi) menganggap mereka menuruti cara fahaman salaf shalih dalam pemahaman isu ini, namun, Golongan Salaf Shalih jauh sekali berbeza dengan apa yang mereka katakan. Golongan wahabi yang sesat ini meluas tersebar pada akhir-akhir ini. Guru-guru mereka pula akan mendapat bayaran bagi sesiapa yang menyokong ideologi-ideologi mereka(sumber yang saya dapat dari salah seorang pensyarah di UIA, dari fakulti IRK, nama ust perlu dirahsiakan. Hal ini berdasarkan pengalaman ust ini tersendiri,bagaimana dia melihat rakan-rakannya yang menyokong ideologi wahabi yang sesat di beri bayaran.).Banyak lagi permasalahan yang datang daripada Golongan Wahabi yg sesat ini boleh menjatuhkan seseorang itu ke lembah Syirik Al-Akbar, Nauzubillahiminzalik. Selain itu, golongan ii akan menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka berfahaman wahabi atau mereka mengatakan Muhammad Abdul Wahab itu seorang mujaddid yg agung. Nauzubillahiminzalik.
Jika sahabat benar-benar belajar sejarah dunia yang dari sumber yang Shahih lagi kuat, memang masyhur pada pemerintahan Khilafah Utmaniyyah, berlaku pemberontakan di Najd yang diketuai oleh King Saud and Family serta bantuan Muhammad Abd Wahab yang sesat. Mereka menyerang Kota Makkah dan Kota Madinah dengan omong-omong kosong mereka bahawa untuk menyucikan Aqidah Ummat Islam. Namun pemberontakan mereka kalah ditangan tentera Muhammad Ali Pasha dari Mesir. Lalu Golongan sesat Wahabi ini meminta bantuan dari pihak British yang bertapak di Kuwait ketika ini. Pihak kafir Musyrik membantu Golongan Sesat dengan bantuan alatan peperangan moden. Sahabat, Jika benar menyucikan Aqidah, adakah perlu berkompromi dengan Kafir Musyrik??? Sejarah membuktikan bahawa Wahabi ini menggunakan cara penjajah dalam memerintah (divide and rule). Mereka(Wahabi) memecah belahkan Ummat Islam, Membunuh puluhan ribu Ummat Islam serta menyesatkan Ratusan Ribu Ummat Islam. Alhamdulillah, Akhir-akhir ini ramai golongan Ulamak-ulamak besar Islam yang memperjelaskan isu ini dan menentang sekeras-kerasnya golongan Wahabi yang sesat ini.
Sahabat,
Saya duka cita kerana di negara kita ii, ramai pengikut Wahabi ini terdiri dari golongan pelajar yang baru setahun jagung dalam mencari ilmu agama. Sudahlah pula pelajar tersebut tidak ada asas ilmu-ilmu agama seperti Tauhid dan Fiqh. Bila mereka dengar sahaja Ust nie dari Jordan mengajar, best pula tu,pandai tarik orang,ramai lae yang ikut. Ust itu mungkin boleh menipu atau memperdayakan budak-budak hingusan, tapi tidak ulamak-ulamak dan golongan yang mempunyai ilmu asas yang mantap dalam Tauhid serta Fiqh. Bagi saya, di Akhirat nanti Ust tersebut akan menanggung apa jua tindakan mereka. Saya berpendapat, golonagn muda mudi yang terjebak dengan masalah sosial adalah lebih baik dari golongan yang mengajak manusia ke arah/ke pintu kesesatan seperti Ust-ust wahabi ini. Hal demikian kerana golonagn muda yang bermasalah hanya memudharatkan diri sendiri sahaja, manakala ust tersebut menanggung dosa pengikut-pengikut mereka.
Sahabat,
Saya harap penjelasan saya serba sedikit ini boleh membuat minda sahabat-sahabat yang mencari kebenaran membuka pintu hati dan minda. Cuba kaji selidik bagaimana Ulamak-Ulamak Nusantara terdahulu membawa masuk Islam ke Tanah Air kita. Adakah mereka ini seperti goongan Wahabi?Namun yang shahihnya mereka(Ulamak-Ulamak Nusantara) mengikut Ahlus Sunnah yang benar, tidak ada seorang pun berpahaman Wahabi. Jika Ulamak-Ulamak Nusantara ini dikatakan sesat, hal ini bermaksud nenek moyang kita yang menganuti agama Islam tidak diterima. Cuba sahabat renungkan kembali.
Saya berdoa,bermunajat,berharap dan memrayu pada Allah yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa agar membuka pintu-pintu hati Golongan Wahabi ini agar menemui jalan yang benar.
Wassalam..
A.Fathi

No comments: